Another 12 Useful Tips from Child Psychiatrist.

Ini adalah sambungan kepada entry 10 Tips Berguna dari Pakar Mental Kanak-Kanak
yang saya pernah tulis sebelum ni.

Boleh baca entry yang tu dulu, then baru baca entry yang ni.
Sebab entry yang dulu tu applicable untuk anak 2 tahun kebawah,
dan entry hari ni applicable untuk anak 3 tahun ke atas.
So nak senang paham sila baca ikut turutan.

Ok tips yang saya nak share hari ni adalah daripada doktor yang berlainan.
Kalau entry lepas, tips nya adalah dari Dr. Sherine (Gleaneagles Penang).
Tapi tips kali ni adalah dari Dr. Aw Tui Iar (Klinik Peace of Mind, Kuala Lumpur).
Dr. Aw juga adalah consultant doctor untuk dua private hospital iaitu,
Tropicana Medical Center, Kota Damansara dan Gleaneagles Kuala Lumpur.
So kalau korang nak jumpa Dr. Aw, boleh call la mana-mana sepital tu untuk set appoinment.

Untuk pengetahuan korang, Dr. Aw ni bukan calang-calang.
Beliau ada 30 tahun pengalaman dalam bidang psychiatry untuk 3 peringkat iaitu
adult, child and adolescent (remaja).

So korang bayang la sendiri berapa gaji doktor ni. -___-
Aku yang jumpa 2 jam hari tu pun, dah terbang RM500.
Kalau jumpa 2 jam setengah mungkin RM1000 terus.
;D

Sebab ramai yang tanya, berapa child psychiatrist selalu charge.
Ok ofkos rate diorang berbeza.
Ikut kepakaran dan pengalaman doktor.
Ofkos doktor yang lebih pakar lebih berpengalaman, charge lebih mahal la kan.

Kerja apa pun camtu kan.
Cleaner yang pangkat supervisor mana nak sama gaji dengan cleaner budak praktikal.
Tak sama bhai.

Korang boleh google "Child psychiatrist in Malaysia". Cari yang paling dekat dengan tempat korang.
Boleh call hospital/klinik untuk tahu rate doktor dan set an appoinment. Ok?
As far as I know, ada je doktor yang charge murah.
Yang RM80 satu sesi pun ada.
Doktor yang buat free assessment pun ada.

Doktor yang dah terlalu lama dan dah terlalu pakar, macam Dr Aw ni ofkos charge nya melambung sikit.
In fact kalau nak undergo autism treatment dengan dia pun,
dia charge RM380 per session.
Tapi worth it la kot kan.
Walaupun mungkin kena puasa sikit nak kumpul duit.
Hari-hari kutip kangkung je kat parit belakang rumah.
Hari-hari nasi putih, kangkung dengan air garam.
Perghh sadis sangat cerita kau ni.
;D

So cari la psikiatri yang mampu poket sendiri k.
InsyaAllah ada.

Dan tujuan aku share segala tips doktor psikiatri kat sini pun,
sebab aku memang faham sefaham fahamnya yang TAK SEMUA ORANG MAMPU jumpa psikiatri.
Kan?

So takpe.
Mana yang kita boleh tolong, kita tolong.
Sebab parents ni, kalau dia nak kan kehidupan yang baik untuk generasi anak dia,
dia mesti akan tolong parents lain.
Sebab dia sedar, generasi anak dia adalah anak-anak parents lain.
So mari lah kita berganding bahu menuju wawasan doploh doploh.

Saya ni jenis yang kalau jumpa doktor memang skema.
Memang akan standby buku nota, voice recorder apa semua.
Sebab bagi saya segala butir air liur yang keluar dari mulut dia tu ilmu.
Sia-sia la bayar RM500 kalau keluar dari bilik doktor otak kosong.
Ibarat pergi hotel 5 bintang, bayar mahal-mahal tapi tidur atas lantai.
Sebab sayang nak komotkan katil hotel yang cantik.
Derr..?

Paling-paling pun kena geledah setiap penjuru bilik. Channel tv semua kena tengok.
Air panas air sejuk semua kena rasa.
Suis lampu aircond semua kena try.
Kan?

So hargai apa yang kita dah laburkan.
Apa yang saya dapat absorb dari Dr. Aw, insyaAllah saya cuba translate dan share kat sini sehabis baik.
Cuma jangan expect saya explain macam doktor la.
Saya macam biasa, bahasa pasar tani je. -..-
Dan apa yang saya share ni ofkos cuma surface dan generally sahaja.
Nak lebih detail dan sahih, pergi jumpa Dr. Aw sendiri. Setel.

Ada jugak parents yang tanya, umur berapa paling sesuai bawak anak jumpa psychiatrist.
Jawapannya, tiada had umur.
Umur berapa-berapa pun, anda digalakkan bawa jumpa psychiatrist.
Umur 14 pun boleh bawa.
Kebanyakan mereka adalah child & adolescent psychiatrist.
Means, pakar mental kanak-kanak dan remaja.
So soal umur, bukan isu.

But always, THE EARLIER THE BETTER.
Bak kata orang tua-tua, melentur buluh biarlah dari rebung.
So lagi awal kita faham behaviour anak, lagi senang nak lentur.

So here we go.
12 tips dari Dr. Aw Tui Iar (Child & Adolescent Psychiatrist) untuk dikongsikan bersama.



1) Seawal usia 4 tahun, anak dah develop 80% behaviour kekal.

Menurut kajian pakar mental kanak-kanak, at the age of 4,
kids dah develop their permanent personality or behaviour.
Macam mana dia pada usia 4 tahun, macam tu lah behaviour dia sampai ke tua.

Yes mungkin it's just a rough assumption.
Dan yes, manusia boleh berubah atas faktor didikan, persekitaran, pengalaman dan sebagainya.
But still ada certain behaviour atau tebiat yang akan kekal.
Kalau berubah pun, tak lama kang mesti datang balik.

Itu yang dipanggil tebiat dan itu yang membentuk identiti seseorang.
Contohnya, pemalu, panas baran, friendly, soft-spoken, pemarah, etc.
Semua tu kalau ada pada budak usia 4 tahun, selalunya akan kekal sampai ke tua.
Tapi!
Of course bila kita dah matang, dah mampu berfikir,
some behaviours BOLEH DIKAWAL.

So didik lah anak menjadi orang yang se-mahmudah mungkin, sebelum dia berusia 4 tahun.
Terapkan sebanyak mungkin unsur positif ke dalam diri dia.

Tapi bila dia dah 4 tahun, siapa-siapa pun dia ketika itu,
TERIMA HAKIKAT.
Ingat, anak juga salah satu dari ujian Allah.
Nak anak yang perfect 100%, memang tak lojik.
Kalau dah mak bapak pun asyik langgar traffic light merah,
so jangan harap lah anak akan patuh 100% peraturan kita.
Kita yang dah tua bangka ni pun selalu je tak ikut peraturan.
Jangankan peraturan manusia, peraturan Tuhan pun banyak yang terbabas.
Kan?

So terima anak seadanya,
dan dalam masa yang sama,
jangan jemu membimbing ke arah kebaikan.

Lagi satu, at the age of 4 juga, interaction with peer-group is important.
Interaksi dengan rakan sebaya.
Ini penting untuk didik anak tentang konsep BERKONGSI dan BERTOLAK ANSUR.
Supaya dia tahu, bumi ni bukan milik dia sorang.
Bukan dia sorang je superhero.
Bukan dia sorang je ironman.
Bukan dia sorang je princess elsa.
Ada banyak lagi princess elsa.
Wonderpet pun banyak.
-_____-



2) Positive and negative reinforcement.

Atau dalam bahasa mudah, reward and punishment.
Nak bahasa lagi mudah, ganjaran dan hukuman.

Ini penting.

Every good or bad behaviour kena ada positive and negative reinforcement.
Ini langkah awal untuk menjadikan anak lebih mumayyiz.
Tahu beza mana baik mana buruk.

Senang cerita,
kalau dia buat sesuatu yang baik, bagi positive reinforcement.
Kalau dia buat sesuatu yang tak baik, bagi negative reinforcement.

Salah satu cara positif reinforcement adalah PUJIAN.
Contoh,
"Good boy Haikal, sebab kemas mainan selepas main!"
"Good boy Haikal, sebab tak kencing dalam pampers."

PRAISE atau pujian is the most effective positive reinforcement,
and it is a social approval.
Contoh positive reinforcement lain adalah,
tunjuk kasih sayang (peluk, cium, puji etc), atau
beri hadiah, makanan kegemaran,
atau raikan mereka (especially for big achievements).

“People have a misconception that if you don't give pain, children won't learn,” Dr Aw Tui Iar - See more at: http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/amid-swede-abuse-controversy-experts-say-carrot-better-than-the-stick#sthash.NocStKpe.dpuf
“People have a misconception that if you don't give pain, children won't learn,” Dr Aw Tui Iar - See more at: http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/amid-swede-abuse-controversy-experts-say-carrot-better-than-the-stick#sthash.NocStKpe.dpuf
Ini saya dan Haikal, tengah celebrate his recent achievement,
sempena dah officially diapers-free siang dan malam.
"Tahniah Haikal. Haikal dah berjaya tidur malam tanpa pampers. Jom kita potong kek."
=)

Ok negative reinforcement pula adalah untuk bila anak buat sesuatu yang salah.
Menurut Dr.Aw, pukul atau rotan is one kind of punishment BUT,
it is NOT THE MOST EFFECTIVE way.
Nak ajar budak tak semestinya dengan pukul.
Dan budak tak semestinya ambil pengajaran, selepas kita pukul.

The best way of punishment ada dua.
Satu, scolding.
Dua, withdraw of privilege.

Apa jadah tu?
Ok let me explain dalam bahasa yang mudah.

Satu, scolding.
Marah.
Marah yang berkesan adalah marah yang intense. Marah yang ada input.
Bukan marah yang bodoh-bodoh maki anak je lebih tapi isi takde.
Itu marah yang bangang nama dia.
Bila anak buat salah,
first thing first, bagitahu anak apa kesalahan dia,
 wujudkan satu "naughty corner" atau "naughty chair".

Suruh dia stand there for 1-3 minutes everytime dia buat kesalahan atau mengulangi kesalahan.
Lantakkan dia di situ selama beberapa minit. For toddler, 3 minutes is the maximum.
Dalam tempoh itu, jangan bercakap atau ada sebarang eye-contact dengan dia.
Totally ignore him/her.

Ignorance is the best punishment.
Because most kids akan rasa insaf bila dia rasa macam dia tak disayangi lagi.
InsyaAllah soon, dia beringat dan tak buat lagi.

Yang kedua, withdraw of privilege.
Tarik salah satu kelebihan yang kita bagi pada dia.
Contoh,
"Sebab Haikal taknak kemas lego ni, mama terpaksa simpan semula lego ni atas almari. No lego for 3 days."

Atau,

"Sebab Haikal taknak buat homework, petang ni tak boleh keluar main dengan kawan-kawan. 
Complete your homework first."

Bila kita tarik salah satu privilege yang ada,
they will feel the rush to follow the instruction.

Again, jadikan pukul/rotan pilihan terakhir kerana ia bukan cara yang paling efektif.
Nabi pun izinkan kita pukul anak bila anak umur 7 tahun.
Itupun pukul kat tapak kaki sahaja.
Kan?
So dah nampak dah kat situ. 


“People have a misconception that if you don't give pain, children won't learn,” Dr Aw Tui Iar - See more at: http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/amid-swede-abuse-controversy-experts-say-carrot-better-than-the-stick#sthash.NocStKpe.dpuf

3) Pre-warning is necessary.

Sebelum apply apa-apa positive or negative reinforcement,
amalkan "pre-warning".
To make your kids mentally ready to recieve reinforcements.

Contoh,
"Sekarang kita nak pergi Giant. Mama nak beli sayur. Kalau Haikal ternampak mainan, 
boleh tengok sahaja, dan tak boleh ambil. Kalau ambil juga, mama akan marah. Ok?"

Atau

"Dalam kiraan tiga, kemas mainan tu. Kalau tak kemas jugak, mama akan rampas semuanya 
dan Haikal tak boleh main lagi. Better kemas sekarang. Tiga.. Dua.. Satu.."

Atau

"Sekarang waktu makan, so Haikal kena makan. Lepas ni kalau Haikal lapar, semua makanan dah simpan 
dan mama takkan layan."

Itu beberapa contoh "pre-warning".
Dia macam amaran sebelum hukuman.
Ini penting supaya anak tahu apa consequence setiap perbuatan dia.
Kalau dia buat jugak, apa akan jadi.



4) Always keep your words. Things u cannot follow through, DO NOT SAY.

Bila marah anak atau nak pre-warning anak,
JANGAN MEREPEK dan cakap yang bukan-bukan.
 Macam,

"Kalau awak taknak makan, nanti mama call polis. Suruh tangkap awak."
"Kalau awak taknak kemas, mama panggil incredible hulk suruh belasah awak."
"Kalau awak kencing dalam seluar, nanti tikus datang gigit bebird awak."

MEREPEK.
Sumpah merepek.

Lama-lama anak akan lose respect dan tak percayakan ibu bapa dia lagi,
sebab apa yang parents dia cakapkan TAK PERNAH BERLAKU pun.

Kan?

So latih diri untuk pastikan semua yang keluar dari mulut kita,
lojik dan kita pasti akan buat.

Contoh,
"Dalam kiraan tiga, kemas mainan tu. Kalau tak kemas jugak, mama akan rampas semuanya 
dan Haikal tak boleh main lagi. Tiga.. Dua.. Satu.."

Selepas kiraan tiga, kalau dia tak buat jugak,
yes, tanpa berlengah kita rampas mainan seperti yang kita katakan tadi.
Lojik dan kita pasti buat.
And when you say it, you MUST do it.



5) No abstract or lengthy explanation for kids below 5. Explain visually instead.

Jangan guna perkataan abstract yang budak tak faham.
Contoh,

"Jangan buat macam tu, berdosa!"
"Jangan pukul kawan, kesian dia."
"Awak sebagai anak, kena hormat ibu dan ayah."
"Masa belajar kena fokus dan fikir."

Berdosa, hormat, kesian, fokus, fikir, etc.
Itu semua perkataan yang terlalu abstrak.
Budak takkan faham.

 Gunakan bahasa yang mereka boleh visuallize.
Contoh,
"Jangan pukul kawan. Nanti kawan sakit dan taknak main dengan kamu lagi."
"Mama dan papa lebih besar dari awak. Mama dan papa yang beri awak makan. Mama dan papa yang selalu peluk dan sayang awak. Awak kena dengar cakap kami."

Camtu.
Mereka akan lebih nampak the "logic" dalam setiap perkara.


Juga, avoid confusing explanation.
Macam,
"Haikal! Kenapa pukul kawan? Meh sini mama nak pukul Haikal!"

Confusing.
Aikk aku pukul kawan tak boleh. Tapi mama pukul aku boleh?
Hmm tak boleh pakai mak aku ni. Detak hati kecil si anak.
;D


6) Kids has no sense of time.

Setiap positive and negative reinforcement has to be IMMIDIATE, right after the behaviour.
Jangan bertangguh.

Contoh,
bila anak berjaya kemas mainan, puji right after dia kemas mainan.
Bukan malam kang baru nak puji.
Sebab anak tak boleh sense masa.
Bila malam, dia akan lupa apa yang dia buat siang tadi.
So dia takkan faham pujian tu untuk apa.
Maka the reinforcement is not effective.

Kalau anak kencing seluar, punish right after kesalahan tu.
Bukan malam kang, tetiba
"Tadi kamu kencing seluar, malam ni tak payah makan."

No.
Lama sangat masa untuk hukuman, takkan efektif.
Sedangkan anak dah hadam kesalahan dia tadi, dan tengah berusaha untuk tidak kencing lagi.
Tapi tetiba mak bapak tak habis-habis nak punish dia atas kesalahan yang dah lama.
Anak akan build "hatred" terhadap parents secara perlahan-lahan.
So jangan.

Dan setiap kesalahan anak, tak payah ungkit.
Contoh, bila papa dia baik kerja, mama nya terus report,
"Papa, pagi tadi Haikal lawan cakap mama."

Terus papa dia ambil rotan dan hukum anak tersebut.
Sedangkan dah beberapa jam berlalu, anak dah elok duk main dan behave.
Tetiba bapak datang nak marah.
THEY WON'T GET THE MESSAGE.

Ingat, kids takde sense of time.
Nak puji, puji right after good behavior.
Nak hukum, hukum right after bad behavior.
Selepas puji, selepas hukum, dah.
Habis kat situ dan JANGAN UNGKIT LAGI.

Tak kisah la berapa kali anak akan ulang kesalahan yang sama.
Still parents, tak boleh ungkit.
Bare in mind, KIDS ARE LEARNING.
Buat salah itu biasa.
Patratus kali kena marah pun belum tentu diorang dapat.
Itu biasa.



7) Guna alarm clock untuk disiplinkan anak ikut jadual dan rutin yang betul

Ini satu cara efektif untuk ajar anak patuhi masa atau tempoh yang ditetapkan.
Saya dah cuba. Dan most of the time, menjadi!

Contoh, kita nak bagi anak main lego selama 30 minit sahaja.
Sebab lepas 30 minit, kita nak dia buat aktiviti lain.

So set alarm dan pesan pada anak,
"Bila jam ni bunyi, Haikal kena kemas lego ye. Sebab kita ada aktiviti lain selepas tu."


Boleh juga buat sebagai game untuk encourage anak.
Bila jam bunyi je,
"Ok time's up! Siapa paling cepat kemas, dia menang dan dapat main mainan lain lepas ni. One two go!!"

Camtu.

Tapi jangan pulak kau sengaja tak bagi anak menang.
Pedajal anak namanya.
;D



8) Ground Rules.

Ground rules adalah peraturan basic dalam hidup.
Peraturan asas yang kita nak anak buat sepanjang masa.
Ground rules kena bermula dari rumah.
Boleh tulis, tampal kat dinding dan bacakan pada anak setiap hari.
What is allowed, and what is not allowed.

Contoh,
"Haikal, dalam rumah ni, kita kena sayang semua orang."
"Dalam rumah ni kena cakap baik-baik."
"Dalam rumah ni, semua benda kena share, main sama-sama, makan sama-sama."
"Kena pastikan rumah ni selalu kemas." 

Itu contoh.
Fikir la apa-apa ground rules mudah yang kita nak terapkan dalam diri anak.
Lama-lama they will understand dan insyaAllah akan hold those good behaviours bukan saje di rumah,
tapi ke mana-mana je diorang pergi.



9) Consistency is very important.

Dalam apa jua hal, kalau tak konsisten,
takkan jadi.
Kan?

Macam tu jugak dalam mendisiplinkan anak.
Konsisten sangat perlu.
Tak boleh sekali sekala boleh, sekali sekala tak boleh.
Kena selaluuuu boleh atau selaluuuu tak boleh.

Macam kalau nak latih anak tidur awal.
Kat rumah sendiri perfect, semua masuk tidur pukul 10.
Tapi bila kat rumah nenek atau rumah saudara,
tetiba boleh tidur pukul 2 pagi.

Dah tak konsisten.
Fail.



Dr. Aw kata kids boleh lose respect terhadap parents when they realize,
ada tempat lain di mana mereka boleh langgar peraturan.

Contoh,
oh kat rumah sendiri boring sebab kena tidur awal, tak boleh tengok tv, etc.
Bila kat rumah nenek boleh tidur lewat, boleh tengok tv sampai lewat malam.
Maka kesimpulannya, nenek is the best. Saya sayang nenek. Parents saya boring.

Haa!

So konsisten penting.
Betul orang kata, latih anak di rumah sendiri lebih senang
berbanding latih anak di rumah orang lain atau di public places.
Sebab kita tend to focus on "apa orang akan kata" instead of kita punya prinsip asal.

So be consistent with your ground rules.
Bila-bila pun, kat mana-mana pun, kena apply rules yang sama.
Kalau tak, you will lose the effect and power in teaching your kids.

Make people understand about your ground rules.
Kalau kat rumah family senang la nak make people understand kan.
Kalau kat public?
Abaikan saje apa orang nak kata.

Dan orang sekeliling pun sepatutnya kena hormat prinsip parents lain dan tak perlu judge.
All parents have their own rules in teaching kids.
All parents know what's best for their kids.
So respect each other. Dan tak perlu judge.



10) Do not deny their natural feelings.

Common mistake yang parents selalu buat adalah,
denying their kids' natural feelings.

Contoh,
"Dah dah. Jangan nangis."
"Jangan marah-marah. Tak elok."
"Tak payah sedih-sedih. Benda dah jadi."

Those are all natural feelings. Tak boleh elak.
Kalau kita yang tua bangka ni pun,
kalau tengah nangis, tetiba ada orang cakap,
"Dah la tu. Jangan nangis. Bukan ada pekdah pun."

Tak ke kau rasa nak lempang sampai rahang dia misplace?
;D

Natural feelings are something we cannot avoid.
We cannot ignore.



Semua orang akan menangis bila sedih.
Semua orang akan marah bila bengang.
Semua orang akan ketawa bila gembira.
Kan?

Cuma yang membezakan adalah cara masing-masing express and deal with those feelings.
So instead of kata jangan nangis, jangan marah, etc,
latih anak untuk kenal dan kawal perasaan tersebut.
It's totally ok to cry, it's totally ok to get mad,
but how's the best way to express and deal with it.

Dan dalam hal ni, kids mostly will take example from parents.
Kids tend to immitate cara parents mereka deal with feelings.
Kalau parents jenis yang kuat meroyan, jangan terkejut bila anak pun kuat meroyan.
Kalau parents jenis yang tenang, anak pun biasanya jenis yang quite calm.

So parents,
SET A GOOD EXAMPLE.
Nak meroyan biarlah berpada-pada.
;D

Saya pernah share dengan lebih detail cara nak bantu anak memahami dan mengawal perasan mereka kat sini:
4 Tips Mudah Bantu Anak Faham dan Kawal Perasaan.



11) Mom is the role model for daughter. Dad is the role model for son.

Always.
Anak perempuan akan sentiasa "melihat" ibunya.
Dan anak lelaki akan sentiasa "melihat" bapanya.
Ini fitrah.
Tak pernah terkecuali.

Cuma.
Yang banyak terjadi macam violence, juvana, split personality, pengkid, dan sebagainya.
Itu semua berlaku sebab kecelaruan yang dihadapi sepanjang mereka membesar.

 Contoh,
si bapa selalu outstation atau lepas tangan ke,
ibu bapa dah mengalami penceraian ke,
selalu tengok adegan pukul-memukul dalam rumah ke,
selalu tengok si bapa menzalimi si ibu ke,
atau apa-apa je lah experience yang extraordinary dan tak sihat di dalam sebuah keluarga.

Tiada dan takkan pernah ada istilah macam,
 saya dilahirkan mempunyai bebird, tapi jiwa saya wanita sejak azali.
Atau,
Nama gua pompuan tapi gua ganas dan gua tak suka jadi pompuan. Jiwa gua jantan.

Oh please. Geli kerongkong.
There's no such thing!
Mengarut dan mohon kapakkan saje.
-_______-

So parents.
Ibu DAN bapa.
Kena main peranan masing-masing.
Anak lelaki always need their father's attention.
Anak perempuan always need their mother's attention.
Dr. Aw kata, dalam sehari 15-20 minit having quality time bersama anak pun dah ok.



Contoh macam Haikal, anak lelaki.
Secara automatik, role modelnya ialah papa dia.
So hubby setiap malam, lepas balik kerja, dalam pukul 9 - 10 camtu,
dia akan buat aktiviti BERDUA dengan Haikal.
Tanpa saya.
Just to give Haikal some quality time dengan papa dia.
Benda ni amat necessary dan jangan ambil mudah.

Ok bagi yang ada anak lelaki tapi suami asyik outstation atau jarang jumpa,
guna lah apa saje teknologi yang ada untuk hubungkan anak dengan bapa mereka.
Skype ke video call ke apa.
Please.
They need their fathers' attention. Really.
Kalau macam kes dah bercerai atau dah meninggal,
boleh minta tolong adik beradik lelaki atau bapa saudara ke apa untuk "replace" peranan bapanya.
Anak lelaki, role modelnya mesti lelaki. Tak terkecuali.

Menurut Dr. Aw, banyak kes anak misbehave atau remaja bermasaalah yang dilaporkan adalah anak lelaki.
Kebanyakannya sebab bapa lepas tangan, bapa kaki pukul, bapa tak pernah ambil peduli, etc.
So siapa kata tugas mendidik 100% di bahu ibu?
Bagitahu suami masing-masing, kalau ada anak lelaki, the father has to be more responsible.

"Baik abang bertanggungjawab. Kalau tak anak kita jadi sotong."
;D



12) Your child is not your bestfriend.

Never say your child is your bestfriend.
They are not and they will never be.

Menurut Dr. Aw,
kids learn best when there's a gap or boundary between parents and kids.
Boleh sayang anak, manjakan anak dan sebagainya.
But keep that gap supaya anak tak lose respect dan patuh bimbingan ibu bapa.

Seakrab mana pun ibu bapa dengan anak,
anak perlu sentiasa tahu ibu bapa tetap ibu bapa.
Ibu bapa boleh jadi good listener seperti kawan,
boleh share same interest dengan anak seperti kawan,
boleh berguling bergolek bersama seperti kawan,
tapi tak boleh berdiri setaraf dengan anak.

Ada keadaan di mana parents need to be higher and louder than kids.


Parents are parents.
Tempat anak-anak bernaung, berkasih sayang dan berlindung.
=)



Sekian 12 tips dari Child Psychiatrist (Dr. Aw) yang saya boleh kongsikan kat sini.
Harap bermanfaat!


p/s: Menurut doktor pakar mental, kalau share artikel ni (beserta link blog dan kredit kepada penulis asal) dengan niat untuk menyebarkan ilmu, itu menandakan seseorang itu mempunyai mental dan hati yang sangat mulia. Tapi kalau orang yang jenis main copy-paste artikel orang lain tanpa kredit, saje-saje nak dapat shares dan likes yang banyak, itu menandakan urat otaknya telah putus atau sinonimnya, otaknya telah mereng. Mohon jumpa Dr. Aw dengan segera demi menyelamatkan planet bumi.

Sekian terima kasih.

30 comments:

cikCT said...

sy suka part p/s tu. :p

ain.ya.nun. said...

Dah baca-baca sampai bawah, baca part last yang p/s tu terus gelak besar. Haha.

Thank you AJ share benda yang baik dan tak kedekut ilmu.

Insha Allah, 'orang baran' ini akan cuba praktikkan ;)

Unknown said...

sangat menarik, kebnyakan tips diatas sy gunakan tapi ada juga yg perlu sy perbaiki.

semoga Allah menjadi kan ilmu ini salah satu ilmu yg bermanfaat yg akan di bw ke dlm kubur nanti.

tq so much jiji, your bahasa pasar tani ni lah yg menyedarkan byk parents. tq sgt2.

Siti Raihana said...

assalammualaikum kak jiji.

tq sgt2...sb byk share ilmu dlm blog ni.
alhamdulillah.

halalkan ilmu ye kak.
sy byk catatkan balik dalm buku nota sy. hihi
copy balik by hand..

ada juga sy share dlm blog, and fb sy dan semestinya sy kredit kat akak....sb sy hati baik..hihi

wlpn xkenal, tq so much!! :)

smga dpt kongsikan lgi ilmu parenting...

Unknown said...

Salam alaik..nice sharing! sgt bguna utk sy yg bkl bgelar ibu xlama lg :-)

zinziemeewah said...

wah..nice tips. thank a lot for sharing. wlpn sy bkm berkawen tp tips ni sgt membantu org di sekeliling saya :-)

thank u very much. jmputlah ke bolg sy zinziemeewah.blogspot.com. sy bru start blogging :-)

Naza Sulaiman a.k.a Ajasu said...

Betul. Setuju dgn p/s: tu. InshaaAllah nak share kat fb nanti.

Thanks Ji! <3

Unknown said...

Nice sharing....

Unknown said...

Alhamdulilah good Info jiji :) thanks kerana berkongsi..

Cik Puan Tqah said...

thnks sharing

Glory jane said...

Salam jiji. Thanks for the good tips.

nak tanya bab no 9: consistency.
Contohnya, bila ke rumah saudara mara/ time balik bercuti di kampung ada ramai saudara-mara, anak saya akan tidur lambat sebab banyak bermain dengan saudara mara.
apa yang perlu saya buat, supaya dia tetap masuk tidur pada masa yang di tetapkan? Macam mana nak pujuk? sebab pernah angkat dia masuk tidur, menangis menjerit macam kena dera :(
anak saya sudah 2 tahun.

Unknown said...

Parenting tips yg sgt bagus..thanks for sharing...

Unknown said...

Thanks for sharing :)

Atikah Hakita said...

thanx for sharing. really need a guideline/tips like this..
otak bercelaru lately. mungkin sbb terlampau bz dengan keje smp emosi sendiri terganggu...
harap2 lah dpt di manfaatkan..

:sour n sweet: said...

perghhhh...
terbaek bab p/s tu..
sangat comel ^__^

:sour n sweet: said...

perghhhh...
terbaek bab p/s tu..
sangat comel ^__^

Unknown said...

Very helpful and thank you for sharing your session with Dr Aw with us. My bad is I always cakap kat anak "kita bestfriends kan kan kan" konon dengan niat nak bg dia lembut dengan kita. Need to change after this n__n

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

very good info.. mohon share ke asben ye.. supaya dapat input bersama.. tapi yg last tu , my girl dah 10 tahun, saya mmg slalu cakap dgn dia yg kita best friend kan..

dan dia pun slalu crita apa2, marah ke, jeles ke, benci ke, suka ke rahsia ke, kpd saya..sampai asben cakap, 'yang tu pun dia crita..?? budak slalu rahsiakan'..hihihi,
saya suka dia share apa2 dr dia keep as secret lg saya lost..
last week dia ada buat kad ke saya 'mom we are best friend forever'..

tapi article last tu membuat saya terpikir2 betul ke tindakan saya.., rasa awak..?? kalau ada pandangan

Ad's mom said...

Tqvm. Mohon share!! May Allah bless u n ur family.

Part plg lawak bila ckp "aku pukul kawan x bleh, mama pukul aku boleh lak"
Hahahahahah!!!!!

Ezdiany (Ninie) said...

Thanks for sharing. Knowledge ni sy rasa nilainya lebih dari RM 500. Lagi satu susah nak cari buku parenting yg explain bahasa yg mudah faham mcm awak tulis ni. Keep on writing.
Bab consistency, saya pun susah nak buat anak tidur pd waktu yg tetap. Apatah lagi kalau di kg. Will try to be consistent.

Unknown said...

Thank you so much for sharing this. I will be a mom soon and this will definitely help me. :)

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian ilmu ini. Semoga Allah SWT merahmati Jiji Sekeluarga dan kita semua.. Aamiin.. :)

Unknown said...

Tq jiji

coklet chenta said...

Thanks sebab sudi share ilmu nie..smoga banyak lagi ilmu yang bernafaat dikurniakan pada jiji, pastu jiji share lagi dan lagi :D

Unknown said...

Thank a lot for sharing..sangat bermanfaat..ada yg saya buat betul dan ada yg salah gak..sbb tak sedar diri..hehe

linda der weise said...

thank a lot kak jiji ... byk sungguh ilmu ke ibubapa & cara yg tanpa sedar boleh mempengaruhi ank kita sendiri . n kita rasa apa yg di buat selama ni betul.smpikn pkir ank sy ikut peragaii ank jiran . pdhal dlm role dr parent jgk..

Sabrina A. said...

Tq so much sbb share ilmu yg sgt meaningful ni..mohon share juga ya :)

chokanatte said...

Semoga penulis sefamili dirahmati Allah swt. Ni kali ke3 jumpa artikel pasai parenting skill dari blog yg sama.sblm ni pasai mainan2 yg sesuai tuk child develop, tgk gambo haikal baru perasan budak yg sama. Mmg x mampu nak jumpa pakar, terima kasih byk2 atas ilmu yg bermanfaat spjg masa oleh setiap ibu bapa.tq so much.

Legally Pink said...

Tq for the info! Sangat senang faham cara penulisan ni. Keep it up!

khalid...ah said...

Really2 good info..! Maceh byk2 sis, moga Allah murahkan lg rezki sis berkat perkongsian ilmu ni...sy mohon share di wall fb yer skali dgn 10 tips utk anak bawak 2 tahun tu