Homeschooling

Soalan paling kerap aku terima sejak akhir-akhir ni ialah,

Kenapa homeschool Haikal? Taska kan banyak?
Camane homeschool Haikal?
Sejak bila homeschool Haikal?
Berapa lama homeschool Haikal?
Apa aktiviti homeschool?
Homeschool tu apa?

-______-

Ok.
Soalan sangat senang.

Homeschool tu apa?
Sekolah kat rumah.

Kenapa?
Saje.

Kenapa tak hantar taska?
Pun saje.
Ok tak. Sebenarnya aku banyak buat research tentang taska.
KEBANYAKAN (bukan semua ye) taska di Malaysia berkonsep "daycare" semata-mata.
Bukan schooling.
Schooling mungkin sejam. Aktiviti lain ialah makan, main, tidur, tengok tivi.
Macam aku cakap tadi, BUKAN SEMUA taska begitu.
Tapi KEBANYAKAN.
Dan bila aku tanya, kenapa tak buat aktiviti?
Jawapan mereka, budak-budak 2 tahun mana reti buat aktiviti lagi.
Mengarut!

Camane homeschool Haikal?
Yang ni kejap lagi aku cerita.

Sejak bila homeschool Haikal?
Sejak lahir. ;D

Berapa lama dalam sehari?
Minimum dua jam sehari.
Bergantung kepada tahap kecenderungan dan fokus anak dalam satu-satu masa.

Apa aktiviti homeschool?
Pun kejap lagi aku cerita.

Aku perasan ramai readers blog ni terdiri dari wanita berkerjaya.
So bila cakap pasal homeschool, ramai yang tak sependapat dengan aku.

Ibu duduk rumah otak tak berkembang la. Better kerja. Cari duit blabla.
Better hantar anak kat taska sebab cikgu biasanya lebih garang dari mak. So anak jadi lebih berdisiplin. -..-
Taska lebih arif dalam soal mendidik anak. Kita tak amik kursus so tak reti.
Better hantar anak kat taska supaya kita banyak masa terluang, boleh buat bisnes, boleh me-time etc.

Macam-macam feedback aku terima.
Tapi ada jugak segelintir yang menyokong usaha aku untuk homeschool anak.
Yang jeles dengan aku sebab tak payah kerja pun ada. T__T

Ok tak kisah lah.

Boleh tak kita anggap benda ni simple je.
Tak payah gaduh-gaduh siapa betul siapa salah.
Setiap dari kita ada buah fikiran masing-masing.
Dan setiap dari kita ialah ibu. Yang tentunya nak yang terbaik dan tahu apa yang terbaik untuk anak masing-masing. Betul?
So ikutlah cara masing-masing.

Dan saya, tetap dengan pendirian saya bahawa, anak 0-5 tahun LEBIH BAIK dapat didikan awal/asas dari ibu bapa itu sendiri.
Pedulikkkk hape aku. ;D

So hari ni, aku nak share sikit la macam mana aku homeschool Haikal.
Haikal baru 2 tahun setengah.
Umur macam ni memang umur bermain, santai-santai.
So tak perlu nak homeschool strict gila sampai kena bagi assignment pastu recess time 20 minit je etc. Mak-mak sila jangan menggelabah sangat buat jadual ikut masa bagai.
Sumpah anak kau takkan ikut. -___-

In fact, dalam islam pun cakap umur 0-7 tahun adalah umur main-main.
Itu sememangnya fitrah.
So biar la budak tu main.
Biar dia bersuka ria.

Budak-budak baya Haikal ni, kita kena ikut rentak dia.
Ikut minat dia. Dia cenderung buat apa, itulah yang kita buat.
Kalau dia nak lukis-lukis atau mewarna, so kita ajar dia membaca/mengira melalui akiviti tersebut.
Membaca, mengira, mengaji tu tak semestinya menggunakan buku.
Boleh guna apa saje aktiviti yang anak cenderung nak buat pada ketika itu.
Sambil main ball pun boleh ajar mengira, contohnya.
Sambil main robot pun boleh ajar membaca.
In fact dengan cara macam ni, kita lebih tahu minat dan kebolehan anak.

Dalam sehari, aku akan spend masa minimum 2 jam.
Ye 2 jam je sehari.
Tapi 2 jam bukan straight.
Tengok keadaan.
Tengok dia boleh fokus berapa lama.
Kalau paling lama 10 minit dia boleh buat sesatu aktiviti, kita buat 10 minit je.
Jangan lebih.
Lepas tu rehat dalam 20-30 minit camtu, then sambung balik buat aktiviti lain 10 minit lagi.
So total 10 minit 10 minit tu semua ialah 2 jam.

Camtu.
Bukan 2 jam straight ok.

Ni sekolah Haikal. :D

 
Ok apa benda pulak "membaca, mengira dan mengaji" dalam jadual Haikal tu?
Itu adalah fokus pada hari tersebut.
Apa aktiviti-aktivitinya? Kena fikir dan tengok kecenderungan anak.

Contoh, hari Isnin & Khamis, fokusnya membaca.
Aku akan buat apa sahaja aktiviti yang boleh asah kemahiran membaca Haikal.
Sebelum 2 tahun lagi, Haikal dah recognize ABC.
So sekarang dia dah di peringkat mengeja perkataan-perkataan pendek.

=)

Membaca boleh buat melalui banyak aktiviti.

Sama ada buku.

Blocks/ Puzzle.

Tikar. Bahaha!

Artwork.
Dan sebagainya.

Aku ada terbaca dalam satu buku,
dia kata anak pompuan selalunya cenderung dengan buku-buku, tapi anak lelaki TAK.
T___T

Anak lelaki dia suka mainan.
Benda yang boleh pegang-pegang.
Anak lelaki guna lebih banyak imaginasi berbanding lojik.
So parents kena bijak untuk ajar anak lelaki dengan cara yang lebih fun, imaginatif dan main-main.

Takpe.
Aku tetappp nak anak lelaki lagi. ;P


Macam Haikal, bila dah ngantuk baruuuuuu nak pegang buku.
Baca buku pun kena baring. Duduk taknak. T__T

Ni salah satu cara selain buku, untuk ajar anak mengira.
Alhamdulillah, so far Haikal dah pandai count from 1 to 20. =)


Ok kalau bab mengaji pulak,
Haikal dah nak habis iqra' 1. 
Dan dah recognize huruf alif sampai ya berserta bunyi baris atas.
Yeay!

Ok ni cara alternatif, kalau anak taknak pegang iqra'. 
Biasalah anak lelaki kannnn. T__T


Atau korang boleh buat camni.
Buat titik-titik dan suruh anak sambungkan titik.
Tak terhad kepada alif ba ta sahaja.
ABC 123 pun boleh guna aktiviti ni.
Dalam masa yang sama, boleh latih princer grip anak jugak. =)

Pheww.
Tu la serba-sikit yang aku boleh share tentang cara aku homeschool Haikal.
Sebenarnya ada banyakkkkk lagi aktiviti yang korang boleh fikirkan.
In fact sambil mandikan anak, sambil naik kereta, sambil basuh pinggan, sambil sidai baju,
punnnnn korang boleh main game untuk asah kemahiran membaca, mengira, mengaji mereka.
Homeschool secara langsung atau tak langsung, dua-dua boleh jadi.

So,
Betul ke stay-at-home mom tak bijak, tak reti didik anak, otak tak berkembang?
Kita tengok hasil dia nanti.
=)




*********************************************************Ads*********************************************************
 Amagad korang.
Aku ada jumpa satu tempat best untuk tempah high-quality Personalized Shirts, Baby Romper & Dress 
secara onlineeee!!!

Cantik kan??

Harga pun sangat berbaloi dan proses tempahan sangat cepat dan mudah.
Korang boleh tempah untuk family korang jugak kayyy.

Facebook: Mamakids Roof
Contact: 012-6124017 (Whatsapp)
Email: mamakidsroof@gmail.com

36 comments:

Unknown said...

wow...

NHML said...

sakit hati kite bila org cakap tak kerja duduk rumah otak tak berkembang....hhuhu

SaraMijie said...

Menariklah..sy nak buat homeshool nie jugak..tq for sharing dear 😊

Princess Aurora said...

Congratulation!!!

I really envy a stay at home mom. Keep up the good work. I'm praying hard I can be like you soon.

Keep posting your method ye.

Unknown said...

saya adalah kategori manusia y cemburu ngn ibu y dok umh ! jeles sesangat !! nak gak dok umh ngn ank .. tgk ank membesar .. ajar itu ini ~ huuuu ~

ernahazwani said...

masa saya kecik2 dl....mak saye ajar sye sampai umur 5 thn..bila dah umur 6 thn baru hantar tadika.....sye sokong akak dgn cara ngajar haikal tu.

PearlKaz said...

saya pun jeles gak sbb sy pun nk jd org pertama yg ajar anak ABC 123 alif ba ta....

Teacher Basariah said...

tahniah!(^_^)

Unknown said...

still courage myselve to keep clam mental and physical for growing up my anak.

alongpaktam said...
This comment has been removed by the author.
syawalsimpsons said...

suke la dapat duduk umah boleh buat homeschool untuk anak2 kan...tak pe..abaikan semua anasir2 jahat ni

Shalimar Yusof said...

saya jeles...sebb saya teringin mcmni...seronok layn n ajar amk sendiri....time kasih yeaa....gud sharing...

Rizziela said...

syoknya blh layan anak sendiri..tengok perkembangan anak2 depan mata kan :D

dinamarlianasuparman said...

tq for sharing! btw, tgk gmbr2 haikal dari kecik sampai ke beso ni yg saya perasan most baju haikal sama dgn anak saya..termasuk yg singlet ni.hahahaha..kuat btul kimia.

nurulshahfiza said...

mana u beli block abc n alif ba ta tu?

HazeL said...

Saya setuju, saye pun suke dgn konsep homeschooling nie...kite pun puas hati..mana beli blocks alif baa taa tu?

Basyirah Abd Rahman said...

Bestnya tgk bilik Haikal. Tersusun kemas je.. Semangat nk buat homeschool. Thanks for sharing sis.. Haikal sgt bijak.. Dan saya percaya semua kanak2 dilahirkan adalah bijak.

ahlongq3 said...

Salam kenal Ji,

Mama ni penyokong tegar homeschooling ni...nanti nak buat entri tajuk yang sama gak boleh tak? setuju sangat dengan Ji punye cara..Kot sudi jom la baca mama punye kisah homeschooling plak kat sini http://guarkusara.blogspot.com/search/label/Homeschool

Unknown said...

Salam perkenalan..

saya pun sgt sokong homeschooling utk anak2 kecil..
tahniah kerana puan terpilih.
inshaAllah saya pun nk jd insan terpilih.
entry puan kali ni memberi idea pd sy mcm mana nk buat aktiviti tuk anak saya. walaupun die dh 4 tahun, hopefully tak terlewat lagi.. huhu

safiy said...

kat mane beli blok kayu alip ba ta tu??share pls..tq

safiy said...

kat mane beli blok kayu alip ba ta tu??share pls..tq

Qma said...

Kt mne nk bli?

Syahida azizan said...

sy pn sokong...sbb sy housewife, skrg ade ank 5, 3 dan 1thn...blh buat utk ketiga2 skali...dh lma nak buat homeschool ni tp xtau cara..thanks for sharing...dh godek2 internet byk rupanya info yg ade..harap2 tak terlewat =)

a wife and a mom said...

Congratulations! saya sgt menyokong homeshooling dan saya suka membaca entry Puan kali ini ;) Feel free to share more ideas with me. My page https://www.facebook.com/RaisingMyStar

-farah-

Syazwani Mohd Noh said...

Sis, saya bekerja tapi memang teringin nak wat cm ni kat anak..Any tip boleh bagi kat saya tak?Anak sekarang dah 3 tahun 4 bulan. Anak Lelaki

Fadh Yunus said...

Konsep yg mudah untuk ajar anak di rumah. Selama ni sy main ajar je tp xde skema atau plan. Lps ni mungkin boleh cuba mcm sis buat. Tq for sharing!

Fazidawani said...

Tahniah puan berjaya mengadakan homeschooling utk nak puan. Jeles saya mendengarnya.hihihi.
Seronok kalau dapat buat homeschooling mcm nie. Harap saya pun dapat ikut jejak puan.

Unknown said...

Terbaikkkk...
mane Nak cari blocks ABC dgn Alif Ba Ta tu..

Domestic engineer said...

X saba nak habis kan bacaan smpai akhir. Sgt menarik sb sy pon homeschool anak juga. Menarik idea yg di tonjolkan.

Siti Asiah said...

sonoknya dapat ajar anak sendiri...:)

Admin said...

Entry ni sangat2 menarik... jeles bile tgk anak org 2 tahun dah pandai itu ini... anak saya dah 3 tahun lebih harap belum terlambat untuk mulakan part-time home schooling.. :)) sbb sy bekerja.. so mlm jer boleh ajar anak2.... tq for sharing....

Admin said...

Entry ni sangat2 menarik... jeles bile tgk anak org 2 tahun dah pandai itu ini... anak saya dah 3 tahun lebih harap belum terlambat untuk mulakan part-time home schooling.. :)) sbb sy bekerja.. so mlm jer boleh ajar anak2.... tq for sharing....

Hernee Nazir said...

bestnyaaaaa..thanks for sharing..setakat ni saya hanya mampu part time homeschooling..

Wanii said...

sy ada menjual iqra' blok tu.kalau berminat sila hubungi saya 0192803755.TK

Nurul Diyana said...

tahniah! saya juga sangat suka homeschooling anak-anak. tapi anak-anak saya belajar secara tidak langsung dan suka-suka je dengan menyepahkan segala tools yg ada. bila mereka main tu saya ajar. tengah mencari semangat untuk serius selepas ini. sebab sedar otak anak-anak ibarat span. walaupun suka-suka dah banyak dia tahu. nampaknya kena letak benchmark pula. terima kasih kerana memberi ilham. :)

Nurul Diyana said...

tahniah! saya juga sangat suka homeschooling anak-anak. tapi anak-anak saya belajar secara tidak langsung dan suka-suka je dengan menyepahkan segala tools yg ada. bila mereka main tu saya ajar. tengah mencari semangat untuk serius selepas ini. sebab sedar otak anak-anak ibarat span. walaupun suka-suka dah banyak dia tahu. nampaknya kena letak benchmark pula. terima kasih kerana memberi ilham. :)