Cara ternak duit paling mudah dengan modal serendah RM1!!

Vavavaaaa!! Win tak tajuk kita hari ni?
Ada bunyi macam main kutu sikit. ;D

Ok sebenarnya entry hari ni bukan nak cerita pasal main kutu emas 916, kutu emas ros mahupun kutu emas belah rotan.
Sikitttt pun takde kena mengena dengan kutu hidup mahupun kutu yang sudah meniggal dunia.
-..-

Aku sebenarnya nak share satu cara menabung paling mudah, paling rilek, paling tak bersusah payah,
paling tak memerlukan kesedaran sivik. ;D

Seriously.

Aku belajar benda ni dari mana tah tak ingat dah.
Aku baru start beberapa bulan lepas.
Dan ianya sangat berkesan untuk aku.
Tunggu sikitttt masa je lagi aku akan amik gambar dengan kereta Mercedes dan BMW,
sambil aku berdiri kat tengah-tengah sambil dua-dua tangan tunjuk "best".
;D

Dan jangan risau,
benda ni bukan MLM BAHAHAHAHAHA.

Ok untuk mulakannya,
korang perlukan tiga benda.

Kalendar, Pen dan Balang Besar yang raya tahun lepas buat simpan rempeyek kacang dhal tu.
Tiga-tiga benda ni korang kena letakkan kat tempat yang selalu korang nampak.
Contoh macam depan cermin ke, tempat letak kunci kereta ke, sebelah remote TV ke.
Camtu.
Dan biarkan mereka di situ selama-lamanya.

Apaa?? Dengan tiga benda ni je saya dah boleh beli Mercedes dan BMW??
Ya betul.
Soalan jangan bangang sangat kalau boleh. ;D

Ok macam ni caranya.

Pada 1hb setiap bulan, korang masukkan RM1 ke dalam balang, dan tick-kan pada 1hb di kalendar.
Pada keesokan harinya, 2hb korang masukkan RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb kat kalendar.
Dan buat benda yang sama pada hari seterusnya.
3hb masukkan RM3, 4hb masukkan RM4, 5hb masukkan RM5 dan seterusnya.

Camtu.

Senang cerita, korang masukkan duit dalam balang rempeyek tu dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut.
As simple as that.
Dan setiap hujung bulan,

ini hasilnya. 

Kalau korang berdisiplin, dan tak songlap duit tabung sendiri kahkah,
korang akan terkejut dengan jumlah rempeyek terkumpul dalam balang tersebut. ;D

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30
= RM465!

Banyak kannnnn?

Korang juga boleh buat benda ni secara bejemaah bersama isteri/suami atau housemates.
Contoh,
tarikh yang bernombor ganjil (1hb, 3hb, 5hb, 7hb,...) isteri yang kena masukkan duit dalam tabung.
Manakala tarikh yang bernombor genap (2hb, 4hb, 6hb,...) suami pula yang kena masukkan duit.

Dengan cara beregu camni, ringan lah sikit beban di bahu kan.
Dan ianya ibarat menyemai benih-benih cinta antara dua makhluk tuhan hahaha!

Cuba kalau setiap bulan bila dapat gaji, korang berjanji pada diri sendiri untuk tidak mengusik langsung amaun sebanyak RM465 di dalam akaun bank.
Jarang jarang jaranggggg sekali menjadi. Kan?
Selagi ada duit dalam tu asyik asyik asyikkkkk rasa nak withdraw je. T___T

So bagi aku, dengan cara simpan dalam balang camni lebih berkesan dan banyak benefit.
Satu, sebab kita nampak duit tu membiak dalam tabung. So rasa excited nak masukkan setiap hari.
Dua, kita tak rasa sangat kita allocate banyak duit untuk tabung. Sebab hari ke hari kita cuma masukkan sikit demi sikit. Tup tup tup dahhhh kumpul 400 lebih sebulan. Heiiibat bukan?
Tiga, sangat berguna kalau ada emergency.

Nak-nak kalau yang tengah pregnant macam aku.
Kang nak beranak nak pakai duit, nak upah confinement lady nak pakai duit, nak beli barang baby nak pakai duit.
So dengan cara macam ni, kita tend to guna duit ke arah benda-benda berguna saje.
Tak la hentam keromo berbelanja beli shawl 10 keping padahal kepala ada satu je. -___-

Kalau korang tak pregnant pun, banyak lagi keperluan penting lain.
Yang membuatkan korang rasa oh bersyukurnya aku ada duit simpanan.
Percaya la cakap aku.
Better menabung. Walaupon dengan cara yang paling hampeh. ;D
Kalau korang konsisten selama berbulan-bulan,
duit tabung tu dah boleh buat pergi family vacation setiap tahun contohnya.
Kan best.
Tak payah keluar duit ASB, tak payah berhutang credit card.
Jiwa pun tenanggggg je pergi vacation. =)

Takpun buat surprise birthday/anniversary bash untuk pasangan ke. Kan?
Amboi amboi bila masa nak beli Mercedes dan BMW entah. ;D

So..
Selamat mencuba!

26 comments:

Noor Aziemah said...

Wahhh idea yg menarik. Tak sangka ya cara menabung cam ni pun boleh sampai rm400 .. Nak cuba la pas in.. Thanks for the tips!

joeayu said...

cara yg baik. boleh cuba ni. terima kasih share.

roti bakar + nutella said...

Wow! Saya rasa sgt impressed dengan cara ni. Thank you for the idea. Tapi, semakin bertambah bilangan hari, semakin berkurangan bilangan duit dalam dompet, macam mana nak disiplin kan diri eyh?? hehee

MrsF said...

Nak cuba..thanks for share jiji

Kak Yah said...

Betul kata Roti Bakar tu. Makin bertambah bilangan hari, makin berkurangan jumlah duit. Jadi, saya akan cuba terbalikkan. Pada 1 hb saya simpan RM30 atau RM31 (mengikut bilangan hari dlm sesuatu bulan tu). 2hb=RM30, 3hb=RM29 dan seterusnya ... Agak2 boleh tak cara ni?

Unknown said...

tips ni mudah, tp bab nak disiplinkan diri tu tahap gaban pyer susah. selalu ada saja idea nak tarik sekeping...sekeping.....sekeping...last2 sekeping pun tadak, bahahahah!

Basyirah Abd Rahman said...

Setuju!
Kalau saya yg x brp nk banyak duit dlm wallet ni, saya menabung syiling je. Setiap kali ade coins sy akan masukkan dlm tabung. Mcm saya dn husband, kami menabung utk anak2 kami, kiranya husband pny coins utk anak 1st, saya pny coins utk anak 2nd. So mak bapak yg berlumba tgk tabung sape plg berat ;)

syawalsimpsons said...

serius idea yang snagat menarik...nak try jugak la sebulan..mana tau menjadi kan

Cikwa said...

Nak try cara kak Yah lah..sbb bese awal2 bulan duit tgh banyak pas dpt gaji..nak tunggu kan ujung bulan tu mula la menyusut..cume pening la nnt nak kire hari tu..iskh

Rizziela said...

huhu..boleh takat RM15 kot..lepas tu mesti dah culas...sebab amount semakan besar :D

ct kektus said...

nampak memang senang, tapi nak bagi konsisten tu kak. hehheee

Blog Nur Balqis Qahira said...

aslkm,best jugak tips ni,tq..
kalau takut tak konsisten,cer amalkan simpan rm1 sehari..tapi lambat ckit la nak "banyak2" kan..hehe

ernahazwani said...

salam kak. terima kasih sgt2...selalunya saya menabung bila ada duit syiling lebih. Mudah2 an istiqomah lah kot....

Unknown said...

GWGFX merupakan satu syarikat pelaburan yang kukuh dan terkenal dengan sistem pemberian dividen tetap 10% daripada modal yang dilaburkan & dibayar pada setiap 25 hari sehingga 28 kali. Modal minimum rm1,750.00. Sekiranya pelabur ingin menambah keuntungan, boleh sertai sistem downline.

# Sesiapa yg berminat boleh sms / whatsapp saya (0179533774). GWGFX or ASB = ? Think Positive.. Pelaburan ini boleh membantu meningkatkan ekonomi org melayu. Rezeki dr Allah taala. Kita berusaha Allah menentukan. Insyaa Allah #

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Rohaizan said...

cara yang kreatif... saya minta izin utk disebarkan ea...

Unknown said...

Tq sis.. very good idea.. bole try nih.. sblm ni menabung note rm20 coz syg nk guna. Tp x mjadi sgt coz jrg dpt. At last terlupa.. hihi

Cahaya Hati said...

tq for sharing.. mcm best jer.. mcm syokkk jer... mcm nak cuba jer... boleh cuba lah mcm ni...tq tq tq... sayang rajiah... :)

Suzie said...

gud idea..tp sya tak blh kacau sgt duit kat tgn sbb dah bt budget. cara yg sya guna utk saving ialah sya kumpulkan not2 yg kita dah tetapkan setiap bulan. contohnya not RM5 dan RM20. setiap kali dapat RM5 dan RM20 sya akan simpan d tabung.

Unknown said...

sorry..iklan jap..for side income..
try klik http://myinvitepay.com/?ref=213626

Sweet Armanis said...

As salam sis jiji.. sy baru baca blog sis ni.. bila sy baca tentang cara menabung ni.. sy mmg sgt teruja.. tapi sy akan buat cara terbalik seperti kak yah yg komen diatas tu.. 1hb sy akan cuba menabung RM30. sbb masa awal bulan gaji kan byk.. masa saat2 hujung bulan tu boleh la menabung RM1 je... boleh jugak kan mcm tu?

Min Aina Ila Aina said...

Tabung balut kertas itam, nanti nampak duit mcm nak terbang keluar je.hehe.

Unknown said...

nak menabung tu memang senang, masalah kita sekarang ni adalah dari mana nak cari wang tambahan itu?

jackal said...

terkena saya. ingatkan teknik cepat kaya. huhu. jahat admin


[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

Unknown said...

Hahahaha . macam syok je tips ni .

Unknown said...

Hahahaha . macam syok je tips ni .