Majlis tunang adik ipaq.

Dah tengok video tunang Ateh tu?
Parkinson sangat kan. Haha!

Sedih ok aku tengok video tu.
Gambar gegar-gegar yang tidak dapat dibendung lagi. Huhu!
Nasib Ateh mampu terima dengan redhooo. 

So ini dia cerita majlis tunang Ateh ahad lepas.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Dan alhamdulillah jugak aku sempat la jugak tolong sikit-sikit buat persiapan majlis. Walaupon kitorang sampai malam sebelum majlis tu.
Dalam hati memang niat taknak tolong. Ingat nak datang makan je. Bahah.
Ok tak. Memang nak tolong ok.
Sebab Ateh dah banyak gila tolong kitorang masa tunang dan kawen dulu.
So marilah kita membalas budi.

Tapi takde la banyak sangat aku contribute untuk majlis tu pon.
 Setakat tolong hias pelamin, tolong gubah bunga, tolong kemas bilik pengantin.
Tu je la kot.
Oh ada lagi satu. Tolong habiskan lauk kenduri. Haha!

Masa dah nak gerak balik penang tu kan, aku tanya mak, lauk kenduri tadi cukup tak. Kengkonon macam perihatin la kot-kot ada tetamu tak dapat makan ke apa kan. Padahal maksud tersirat ialah, kot-kot ada lauk lebih, marilah kita bungkus bawa ke penang kahkah.
Nasib baik mak mengerti, terus dia cakap,
"Eh banyak lebih la yang. Gulai pon ada lagi. Nanti mak bungkuskan ye. Kang balik rumah senang, panaskan je. Tak payah masak lain."

Hooooyeahhhh!! ;D
Mungkin jugak Mak dah faham perangai menantu dia yang pemalas nih. Kahkah.


Budak ni nama Haikal. 
Dia tolong mak bapak dia hias pelamin sampai pagi
Dan malam tu dia tidur pukul 4.30 pagi.
Pastu esoknya masa majlis, mengamuk seharian sebab tak cukup tidur.
Padan muka!
Padan muka mak dia lah. 
Tak cool langsung mak dia pakai cantik-cantik tapi handle budak nangis. 
Siap la sampai penang, mak dia babap nantiiiii -..-


Dan ni lah hasilnya. Cantik kan? Cantik gilaaaa!!
Sebab bunga-bunga tu aku yang tepek.
Lupa nak sign kat tepi tu, "Done by..Jiji"
Bahahahah. 
Menggelabah sangat hamik lesung batu deshummm. ;D


Satu reason kenapa aku suka balik rumah mertua, sebab ramai budak.
Meriah dan bising.
Pastu bila sorang nangis, yang lain pon nak berjangkit, last-last semua nangis.
Dengan aku-aku sekali. -..-

So korang bayangkan camane kitorang handle budak-budak ni.
Kejap lompat atas katil pengantin.
Kejap panjat pelamin.
Kejap pergi kopek-kopek bunga hantaran.
Kejap pergi petik anggur dalam dulang hantaran.
Kejap nak pergi celet kek hantaran.
Fuiiii..
Ini memang gila. Kahkah.

Nasib baik Ateh redhoooo je.
Dia pon dah masakkk sangat dengan perangai anak-anak buah dia.
Paling-paling marah pon,  Ateh setakat jerit
"Amboiiiiii!!!!"
Gitu je. Redho sungguh bukan? Huhu!

Sebelum majlis tunang tu ada majlis doa selamat dan bacaan yasin.
Abah kata jemput jiran-jiran situ je. Orang-orang surau gitu lah.

Lepas setel doa selamat, apalagasss moh la kita bertunang. Hihi.


Weolls bajet anak dara sangat ok. Puii.


Masa Ateh bersiap tu, semualah nak kerumun dalam bilik pengantin.
Saje nak sibuk. Nak saiko pengantin.
Dia tengah nerves kan. Kita kasi up up lagi nerves dia tu. Kahkah.

Berpondan-pondanan dengan kakak-kakak ipar (Along & Angah).
Diorang ni gedik ok. So terpaksa aku terikut-ikut gedik sama.
Kang kalau tak gedik, macam tak hormat kakak ipar pulak kan. Bahah!


 Ateh dengan dayang-dayangnya.
Yang gedik-gedik atas tadi tak boleh jadi dayang.
Jadi dugong je boleh. T_T

 Lebih kurang lepas zohor camtu, rombongan lelaki pon sampai.


Bincang-bincang pasal nikah, hantaran, tempoh tunang segala.
Pastu terus sarung cincin.

 
Time ni Ateh nerves gilaaaaaaaa!
Tak habis-habis dia cakap nerves nerves nerves.
Ye saya tahu awak nerves. 
Habis tu nak saya gantikan tempat awak ke? 
Saya on je.
Ehh!


 Camni nerves?? Pui. 
Padahal senyum tu sampai koyak mulut. ;D


 
 Alololo omiomiomiomio! ;D

Masa ni mesti dah rasa lega gila. Dah sarung cincin semua kan.
Tunangan pon dah di depan mata kan.
Mesti rasa macam, awww kittew dah tunang leww ukeee angat!
Ok geli. kahkah.

Kalau sebelum sarung cincin tu darah jenis AB,
lepas sarung cincin mesti darah bertukar jadi jenis M.
Darah Manis.
Haaa..tak lawak kan? -.-


 Mentang-mentang kitorang ni COMEL, pastu bergambar pulak dengan pengantin kecik, lagiiii la kelihatan COMEL aduinya pun. -..-


 Family aku ni je yang datang. Daddy tak dapat join.


 
 Yang belah kiri tu mak andam Ateh. Yang belah kanan tu pakwe dia. Ehh!
Adik hubby ok. Sebaya aku je pon. 
Bangchik ni la yang paling close dengan muka hubby.
Dulu masa Haikal kecik, dia selalu confuse ingat Bangchik ialah Papa dia. Haha!


Makanan hari tu simple saje. Tapi simple-simple pon ada la kambing bongkang di celahan khemah tu. Muka iolls la paling familiar kat situ. Duk ulang alik patbelas kali amik kambing. Kambing tu pon dah kenal muka aku. 
"Ceitttt balik-balik muka kau lagi!", berkata si kambing di dalam hati. ;D


Amboiii encik tunang! Happy punya pasal, cedok ayam goreng sampai 3 ketui terus ye bangg.
Takpelah. Yang penting aku dah cedok 4 ketui dulu sebelom tu kahkah.
Ok tak saya gurau maafkan saya. ;D


Ni Haikal dengan adik hubby yang last (Ayon). Paksu dia lah.
Muka Haikal cembeng sebab marah paksu dia tolong lapkan hingus. Habis tu takkan nak dibiorrr je ngalir yanggg. Lengkali toleh sikit, lap kat baju paksu. Ehehehehe...


Abang Naim tengah busy nenenkan anak dia. Shhh..jangan kacau. kihkih.
Mampus aku kena sondol dengan naza ria balik raya kang.
Tatuit la camni! Hihok hihok.


Lepas rombongan lelaki dah pulang, Ateh pon berphotoshoot sakan.

Eh eh saya pon nak jugak lah! Hihi.
Bukan aku sorang ok menyibuk Ateh photoshoot, semuaaaa pon nak menyibuk.
Masing-masing bajet Bobo terkehel leher depan camera. 
Yang pengantinnya sorang je. Yang Bobonya ramai.
Kesian tahu tak. -..-


Yang aku pegang tu ialah torchlight. Bukan mic.
Aku batak gila main torchlight tu sebab dia macam boleh kelip-kelip banyak cara tau.Sebab kat rumah aku takde kan.
So aku sakan la main lampu tu sengsorang.
Pastu Ayon kong hajo gelakkan aku senyap-senyap. Pfftt.


Ni tengah marah sebab takde orang nak ajak aku bertunang.


 Nasib baik lepas tu Abah ajak bertunang. Yeayyy!! Kahkahkah!!
Abah yilekkk je pakai seluar pendek. Tapi nasib baik comel aduinya pun. ;D


 
 Untuk Ateh & Pali.
Selamat bergembira bertunang-tunangan. =)

0 comments: