Western Dinner

 Sekali-sekala makan malam bak orang puteyhhh apa salahnya.
Kan hari tu kitorang ada beli grill kat Courts sebab nak guna voucher menang contest tu kan. So ni la grill nya.

Brand Pensonic. Harga RM189 kalau takde diskaun.
Tapi sebab kitorang guna voucher, so dapatlah fweee! Huhu!
Lepas beli tu, berminggu-minggu grill ni hanya dibiarkan kepam je dalam kotak.
Kitorang nak guna tapi macam malas.
Sebab hari-hari pon makan nasi je, mana ada makan babikiu.
Kamon la orang melayu kotttt hihi.

Tapi ada satu malam tu, hubby ajak pergi Tesco.
Aku macam..."Nak buat apa pergi Tesco??"
Laki aku jawab, "Laaaa..beli barang la takkan mancing pulak."
Kong ajo tau jawab gitu. Terus kemurungan aku lepas tu haha!
Ye la aku pelik la tetiba je ajak pergi Tesco kan. Sebab barang dapur pon banyak je lagi. So macam takde motip la nak pergi Tesco. Terus aku syak laki aku jatuh hati kat cashier kaunter no.18.

"Papa jangan nak ngade-ngade ehhh.. Mama ni masih bergetahhh lagi tau". 
*korang mesti hampir pitam kan? Haha!*

Pastu hubby berkata,
"Laa..sape pulak nak menoreh getah ni.. Kita cari bahan untuk babikiu la.. Bila lagi nak rasmi grill baru tu?"

Oh yeah?? Ok ok. Terus sarung tudung laju-laju.
Sebab nak ikut pergi Tesco huhu!

Maka dengan itu, dinner babikiewww la kitorang malam ittew.
Terus macam berkobar-kobar sebab first time guna grill letrik.
iols kan orang kampung. Selama ni pakai arang je la kalau nak babikiu pon.




 Keluar melihat dunia untuk pertama kalinya setelah berbulan-bulan duduk dalam kotak. Tapi untuk beberapa jam je lah. Lepas tu masuk kotak balik. Beginilah nasib saya sebuah grill sobss..kahkah.



 Tugas bakar-membakar ni macam biasalah serahkan saje kepada orang lelaki.
Orang perempuan?? Duduk bersimpuh sambil tangan tadah pinggan. Heheh.

Takdela..tugas orang perempuan lebihhhhh daripada membakar okay..
Sementara hubby duk kipas ayam sambil sedut-sedut asap tu, aku kat dapur siapkan tiga benda ni.



Sweet corn. Yang satu cawan 3 hinggit tu.
Buat sendiri boleh dapat lima nam cawan okayyy.. *resepi kat bawah tau*





 Potato wedges tak berapa nak cheezy sebab sos cheezy takde dan taktahu nak cari kat mana. Kahkah. Nasibbb.. jadinya kita makan togel begitu sajelah.


 Dannnnnn....fruits yogurt! 
*mencecesss ayaq lioq bak hangggg..*

Nampak macam banyakkkk je kerja aku kan. Buat sampai 3 dish.
Mak mertua baca ni mesti dia bangga. hihiks.
Tapi.......semua tu senang-senang je kottt kah kah.
*Baru nak bangga terus tak jadi*

Kerja aku banyak, tapi sekejap je dah siap.
Kerja hubby satu je, tapi berejammmmm nak nunggu siapnya. Huhu!
Seriously berejam ok.
Selang lima minit aku tanya hubby, "Lama lagi ke bang?" 
Sweet corn dah separuh periuk aku telan, tak jugak siap babikiewww nyewww teww.
Well, babikiu memang lama kan. 
Aku yang tak sabar la tu maksudnya. =___=

By the way, beberapa jam sebelum bakar ayam tu, aku marinate ayam tu dulu dan simpan dalam peti.

Ni bahan-bahan marinate. Aku hentam je la letak semua-semua. Jangan tanya aku sukatan, sebab...tak tahu! Haha! Asal sedap kat lidah aku, dah memadai. Hihi.

Tapi hasilnya superb okayyyy..

Amboiii...termenitis-menitis air liur korang ehh.. 
Lap keyboard tu sekarang!! Kehkehkeh.

Sos BBQ tu kitorang pakai jenama heinz. Memang sedap bak hang. Tak payah campur pape dah. Sungguh enak dimakan begitu sajaaaa.. Amboi gituu..

Baby Haikal pon syok je makan. Balik-balik datang kat aku mintak ayam lagi. 
Derrrr..habis la ayam Mama camni. Mintak bapak kau punya pulak la!! *Stresssss*

Seronok jugak sekali sekala dinner camni. Lain sikit rasa suasana dia.
Suasana di mana seorang ibu lebih kedekut daripada biasa. Ngahahaha!
Kalau mama baca ni, mahu berbalas pantun ni kang. Saling membebel dan dibebeli kihkih.

Ok lah. Aku nak share resepi sweet corn. Kacang je kot buatnya.
Tak sampai 5 minit dah siap. Nah...

Senang kan? Lepas ni boleh buat sendiri je.
Tak payah beli dah kat akak jual jagung kiosk tu. 
Kalau akak tu promot-promot suruh beli, engko cakap je, 
"Takpe kak. Hari ni saya pulak nak jual kat akak. Akak nak beli tak?" 
Terus isytihar bankrup akak tu. Haha!


Resepi potato wedges tak perlu la eh. Goreng je kot. 
Poyooo sangat kalau nak bagi resepi jugak. Huhu!
Tapi aku goreng dalam olive oil tau, supaya Baby Haikal pon boleh makan tanpa menggemok. Ehh..bukan dia memang dah gemok ke? -___-

Resepi fruits yogurt? Perlu bagi jugak ke?
Beli je fresh fruit kat Tesco. Suka hati korang la nak buah apa pon. Kalau nak letak, durian ke, cempedak ke, manggis ke. Letak je lah. Dah itu yang tekak korang nak kannn.. Aku mana tahu. Huhu!
Tapi aku beli strawberry & blueberry. *megan fox mana makan cempedak tolonglahhh*
Pastu korang beli yogurt yang perisa asli. Pastu gaulkan buah-buah tu semua. 
Pastu terus ngap.
Beberapa saat kemudian korang akan rasa seperti... berada di syorgaaaa..
Huhu!


Selamat mencoba!!

Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

2 comments:

NorrShakor said...

dush!dush! sedapnya ..*nk puji jiji la..
Pandai jiji buat ye..nampak sedap bebenor..

Kancilbiru said...

terliuqqq aih...

p/s: nak cheezy sos? kak KB ada juai hah... area uitm penang :)