PKL PKT

Malam ni patutnya kitorang gerak balik Key Ell.
Sesaje la nak jumpa family. Tapi tak jadi.
Kerana? Tetiba elok pulak tiga-tiga beranak semua demam serentak.
Cantekkkk.. -..-

Baru doa banyak-banyak semalam, supaya perjalanan balik kampung malam ni dipermudahkan. Biasalah travel dengan budak kecik adalah sangat challenging ok.
Sekali memang Allah permudahkan sungguh.
Terus tak jadi balik. Haha!
Selalunya kalau travel, aku selalu harap Baby Haikal akan bantai tidur je sepanjang perjalanan heheh.
Sebab dia tu kannn..kalau tak tidur, kejap nak melompat, kejap nak tepok amai-amai, kejap nak main bola sepak, kejap nak tukar gear, kejap nak pakai sunglasses, kejap nak tarik tudung aku, kejap nak baring kat seat belakang, kejap nak tengok muka sendiri kat rear mirror, kejap nak...bla bla bla. Fuiiiiiiiii...letihhhhh tahu takkkkkk!!!

Bayangkan dalam kereta yang bergerak selaju 110km/h, walaupon kadang-kadang lebih laju dari tu tapi tak boleh bagitau kat sini kang korang bagitau kat incik AES. Hak hak hak. Dah la kereta tengah laju kan, pastu kalau ada bump ke, lobang ke, lembu mati ke, mesti kereta macam melambung-lambung sikit, terhuyung-hayang sikit. Pastu kau kat dalam kereta sibuk nak kejar anak yang dah macam lipas kudung dalam kereta tu. Kejap ke sana, kejap ke sini, kejap kesinun. Huiiiiiyai! *urut dada. sabarrrrr*

Sebab tu jangan sesekali kata co-driver tak letih pon kalau travel jejauh.
Sebab co-driver banyak tidur je.
Derrrrrr??? Awak apa tahu??
Aku rasa driver lagi rilek kottt.. Cuma perlu bawak kereta sambil miming lagu kegemaran berkumandang di radio je. Yang bergerak pon cuma jari tangan untuk main-main signal sikit, main wiper kalau hujan, main lampu kalau nak cucuk orang depan. Pastu jari kaki nak tekan pedal minyak kalau nak potong lori balak sebelah yang lembapss. Pastu nak tekan brek kalau terserempak lembu mati. Itu jeeeeee!!!!
 Senang sangat la jadi driver.

Tapi bila sampai destinasi, driver yang selalunya mendapat hak lebih untuk berehat. Tidurrrrrr setidur tidurnyaaaaa!!!
Co-driver??

"Sayang, nanti kejutkan abang ye. Nak lelap kejap. Penat sangat-sangat ni."

Ok sekarang kena jadi alarm clock pulak. *pasrahhhh..*
-___________________________-"

Begitulah fitrah alam rumah tangga.
Habis manis sepah dibuang. *tetiba*

Lagi satu, kalau travel, sekali-sekala memang jalan akan jem.
Kalau jem, maka kena singgah petronas beli roti lah.
*ni lawak Daddy. memang tak lawak langsung kan??*

Selalunya kan, kalau jalan jem, mesti kitorang bosan tahap max dalam kereta.
Sampai tak tahu nak buat apa untuk hilangkan bosan.
Kalau waktu jem tu Baby Haikal tidur, Alhamdulillahhhh... 
Kalau tak?
Na'uzubillahhhh.. Haha!
Ada sekali tu kan, kitorang trapped dalam jem. Tak ingat sebab apa. Ada accident kot. Standard la accident bebbb.. Walaupon accident tu kat emergency lane je pon, we malaysian drivers alwaysssss concern kannnn.. Mesti nak slow down jugak punya. Mesti. Wajibulghunnah. Tak kesah la bangkai kereta kat tepi jalan tu ialah semalam punya accident ke, bulan lepas punya accident ke. Kami pemandu malaysia sangat prihatin ok. Motor pancit tepi jalan pon kami tetap akan slow down tolonglahhhh.. Untuk tengok je walaupon, bukan untuk tolong. Kahkah.

Jadinya kitorang selaku malaysian drivers jugak, terpaksalah terikut-ikut dalam kepasrahannnn...
So bagi mengelakkan kebosanan, aku pon sesaje la open topik kengkonon nak ajak hubby borak-borak. Aku paham, drive dalam jem memang stresssss ok. Rasa macam nak tekan button keluarkan sayap kereta je kan. Oh how I wish..... Haha!

Aku: Papa, banyak betul kereta malam ni kan? *boring gila permulaan perbualan kau*
Hubby: Hm. *malas nak layan*
Aku: Nak pergi mana la agaknya diorang ni semua. Cuba la duduk rumah diam-diam. Baru lapang sikit jalan ni. Senang kita nak balik kampung.
Hubby: Laaa..diorang pon nak balik KL la macam kita.
Aku: Erk..mana papa tahu?
Hubby: Tuuuu..cuba tengok kereta depan tu.


PKL = pi KL.

-_______________-

Hubby: Haa ni kereta depan kita ni nak balik terengganu. Lagi jauh.


PKT = pi KT

-__________________________-

Terasa seperti.......
pasu mana pasuu?? -..-

Akhir kata, 
DRIVE SAFELY and HAPPY WEEKEND, everyone!

 Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh Baby Aqil & Baby Haikal untuk semua pembaca saatakukaupilih.blogspot.com.
=)


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

5 comments:

NorrShakor said...

hehehe..sian jiji hubby malas layan borak...lainkali ugut la,kalo x layan mama borak dlm kete waktu tgh stress jem haruslah mlm ni tido atas sofa..pastu mesti dia layan baik punya..percayalah!!!!
baby haikal & abg aqil ...

ADLIL RAJIAH said...

mamafarah,
hahaha! silap2 kang saya pula yg kne tidur sofa.rugiiii kahkah. btw, yes it's abg aqil. silap. hihi

yaNa said...

haikal & aqil makin comel!
geram nengok pipi dorg ber 2 neh..

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

comel la baby-baby tu...

Ena's Stories said...

hahaha...PKL mmg lawak menjadi...