Entry rojak

Ting ting ting ting entry baru entry baru! Ting ting ting ting!
Heheh.
Hari ni dengan tak semena-mena, aku mengisytiharkan cuti umum untuk diri sendiri. Maka boleh la duduk yilek di rumah mengunyah snek tora datang lagi sambil bergoyang bontot menyanyi lagu nobodi nobodi batcu teng teng teng! Syok sendiri di hadapan cermin.
Hati girang tak terdescribe dah.

So focus utama hari ni adalah belog.
Rasa macam dah lamaaaa sangat tak bukak belog.
Padahal baru 2 minggu camtu kot.
Tetiba hari ni bukak belog, rasa macam rindu terharu sebak hingga termenitik air hingus di atas keyboard dan dibiarkan kering begitu sahaja. Happy bila dapat bertemu kembali dengan belog. Tersenyum sendiri di depan laptop macam orang gila.

Biasalah dua minit pertama bukak belog mesti taktau nak taip apa.
Bila bukak draft, tengok bersepah entry belom publish. Topik pon dah basi. Ibarat grilled salmon steak yang dah basi dihidangkan kepada tetamu, nescaya kau makan kasut tetamu la tak lama lepas tu.

So masuk minit ke tigaplohbelas, mula mendapat idea.
Aku nak share beberapa aktiviti yang aku buat sepanjang berjauhan dengan belog hari tu.

Mulew-mulew, kitew nak tanyew duluw, sapew yang tengok Wanitew Hariew Iniew hariew tew?
Kitew sebenarnyew maluw nak cakap pasal tuw. 
Sebab bilew kitew tengok balik rakaman tuw, kitew rasew macam nak tumbuk diriw sendiriw jew.
Rasew macam, HOI APESAL KAU NAMPAK SKEMA, MALU MALU TENUK, CONTROL AYU, JAWAB SOALAN PON GAGAP, CAMNE NAK COUPLE DENGAN AARON AZIZ DALAM FILEM PERIGI MENCARI TIMBA AKHIRNYA TERJUMPA TENUK MALU?


Hmmm..seriously. Rasa macam nak hempok kepala sendiri dengan timba pon ada.
Aku tak jadi diri sendiri dalam rakaman tu. Mungkin sebab nerbes terlebih sampai lupa identiti diri. Eh aku ni lisa surihani atau siti nurhalija? Lupa diri tetiba. Biasalah first time keluar live kat tibi. Sebelom ni reti kutuk orang dalam tibi je. Sekarang kau pulak masuk tibi dan orang luar kutuk kau. Hihi.

Terima kasih bebanyak yang tengok WHI masa 5 julai lepas. Termasuk la Daddy yang ada meeting kat Putrajaya pastu meraban cari tibi kat tempat meeting tu semata-mata nak tengok anaknya dalam WHI. Pastu ramai yang bagi feedback, ada yang positif ada yang negatif. Tetiba penuh inbox hari tu.
Ada yang cakap aku nampak cantik kalah neelopa.
Tak kurang juga yang cakap aku terlalu pucat la terlalu control ayu la, aku gemok macam walrus la, sekali pandang macam kak ton la, sekali lagi pandang macam hantu kak limah la, berkali-kali pandang macam megan fox.
Takpelah. Pengalaman la jugak dapat masuk tibi walau berapa saat je.

Sesapa yang belom tengok, sila la tengok kat Tonton. WHI episod 134. Korang tengok minit ke-23. Tapi atas nasihat doktor, sesiapa yang ada penyakit sawan, lemah jantung, muntah hijau, tak payah tengok. Dikhuatiri akan memudaratkan. Haha.
 
Habis shooting WHI, aku ke opis HotFM, amik hamper nestle dan cek RM2000!
Pakcik kayo!

Okay tukar topik.
Kan aku ada cakap aku baru menang dua contest kan.
 Last week, aku turun KL semata-mata nak pegi prize-giving ceremony.
Contest nestle Mom&me.

 Thanks Mama & Daddy sanggup amik coti semata-mata nak teman aku pi amik hadiah. Hihi. Dan hadiah-hadiah yang aku dapat ialah:
Baby Cot, Stroller, Baby carrier, hamper nestle, Tanamera spa set, Breastfeeding shawl, Babytalk magazine.
Total up semuanya berjumlah RM5400!! Wuhuuu!

Lagi satu contest, ialah dari Microsoft Office 2010. 
Aku dapat Nokia Lumia.
Aku balik rumah bagitau hubby,
Aku: Papa, Mama menang Nokia Lumia.
Hubby: Alhamdulillah.. Papa chop dulu nokia lumia tu eh?
Aku: Chop?? Boleh chop pulak hadiah orang? -___-"


Topik sterusnya.
Last weekend, sesi merendek bersama adik-adikku (Raidoo & Adan) di pesta buah.
Seronok sekali sekala bergelumang dengan buah.

Mamat ni tak habis-habis bajet hot. Kitorang dah gondolkan kepala dia. Tu yang rambut macam kemuncup. Hihi


Okay tukar topik lagi.
Last 2 days, aku masak-masak untuk mengrelease tension.
Biasalah hari-hari ternak lumut. Bosangggg kot.
So balik rumah, aku stim Salmon fillet with butter and cheese untuk Baby Haikal.
Tak lama lepas tu, bising-bising kat Baby Haikal, apesal kau ni gemok sangat nak. Cuba la diet sikit. Heheh.. padahallll kau yang menyuap lemak kat budak tu!


Punyalah anak makan salmon, mak bapak makan ikan kembong sekilo duahinggit tu je. Sebab tu badan mak macam megan fox, badan bapak macam aaron aziz.
Sekian terima kasih



5 comments:

Unknown said...

baby haikal mcm retis la...tiut

NorrShakor said...

uiks! macho sungguh baby haikal...berbesan boleh?

yaNa said...

murah rezeki..amennn
akak suka gaya tudung ms kt whi arie tue..

cer wat entry tutorial cara pakai tudung gtue..hi3

ADLIL RAJIAH said...

maisurah,
jebon la katakannn haha

mamafarah,
nak letak hantaran berapa? keh keh keh

yana,
erkk hamboihhh. simple je tu kak. kak ton punya tudung lagi vogue! :P

Zura said...

ape rs erk salmon stim ngn cheese & butter tuh.. nk try wat la...