Serangga Charlie boleh bawa maut! :O

Masa kitorang baru pindah ke Penang ni, ramai yang remind pasal serangga bernama Charlie.
Masa first time dengar nama serangga tu, kitorang gelak je.
Glamer giler nama dia! Charlie bebbb.. Tak main la nama-nama kampung ni.. =P






Tapi lepas beberapa bulan, kitorang mula sentap bila dengar macam-macam berita kurang enak pasal serangga Charlie ni.
Paling tak best bila ada salah sorang kawan aku, Arwah Shahnaz yang maut akibat sengatan Charlie. Innalillah...
 Aku terus chuak. 



Paling tak boleh blah, bila laki aku sendiri kena gigitan serangga pelik.
Aku kata pelik sebab ia menyebabkan kau akan rasa panas dan gatal nak mamp*s serta meninggalkan parut! Scary kan? Tapi masa tu kitorang tak recognize lagi serangga ape yang gigit laki aku tu.
Sampailah ramai orang yang expect laki aku dah terkena serangan Charlie!
Hohhhhh!!!!!!!! *chuak*



Kejadian tu buat aku nak explore pasal serangga kurang hajau nih.
Aku ada terbaca kat website Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).



So ni antara info yang aku jumpa... :O


Nama Am: Kumbang Rove
Nama Spesis: Paederus fuscipes
Nama tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie (Huih..banyak nama glemer kau rupenye!)



Kesan kepada manusia:

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya (Wooooo!!!!).  


Persentuhan semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang (huihhh..memang dia target orang Penang je ke??? Uwaaaa nak pindahhhh!!!).  



Nasihat kepada yang dijangkiti:

Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan. 


Mak oiiii...dasat jugak ye kau ni, Charlie!




Pastu baru-baru ni, kitorang cemas bila terjumpa 2 jenis serangga kat rumah kitorang! 
(kat bilik air & ruang tamu).

Dua-dua mempunyai belang oren-hitam (macam Charlie).

 
 Yang ni macam kumbang biasa. Bontot tumpul. Bukan Charlie kottt..




Yang ni!!! Kompom Charlie!!!! Mamaaaaa, takotttt!!!


Huhh..lepas ni kena pakai baju besi lah!

33 comments:

pearl said...

eeeei scary nye. memang kene pindah nih.

syazrah said...

mmg kejam r charlie ni.nk2 kne kt muka.aritu pun time kt kedah,da jad trauma dak2 ni kalu kne charlie.mmg kt utara je kot mende charlie ni.k ade kt lain gak??

ADLIL RAJIAH said...

pearl,
sangaaattttttt..;(


syazrah,
rasenya mmg kat belah utara semenanjung je banyak kot.. sbb habitat dia kat kawasan sawah padi. haihhh... T_T

mian said...

fuhh.kecik2 pon ganaz gak eah binatang ni.bahaye betol

ADLIL RAJIAH said...

mian,
tu la kan..x padan dgn saiz!

bardboo said...

dulu aku slalo lepak kat bilik akak aku kat usm...time tu mmg takut arr ngan charlie..bila nk baring kat katil je aku tgok2 dl kot ada charlie ke x..huhu..

Jom Lawat Blog Bardboo

Lala said...

rajiah. dulu ms i matrik kat kedah pun ramai gila yg remind pasal binatang ni. mmd ade 1 time tu, kire musim dieorg, byk giler die ade! sampai jln2 dlm blok asrama pun kene pakai spek besar so that tak masuk mata. tp, sbg langkah pncegahan, elok pakai lotion repella yg halau nyamuk tuh. sbb bukn takat nyamuk,menatang lain pun tak dtg dekat.blh bli kat farmasi.kalau rajin, sempur la serai wangi ke,ape ke kat dinding2 umah. insyaAllah,ok la. :)

ADLIL RAJIAH said...

Bard,
oh well-known rupanya charlie ni eh..

Lala,
oh thanks!!! nasib baik ade stok serai wangi kat umah.. hihi

Zamnorashikin said...

salam,

nak tanya, kalau charlie ni gigit.. kesan gigitan yang ada kat badan kita tu jadi macam mana? aca kesan nyamuk gigit ke? ruam ke? kemerahan ke?

huhuhu sebab saya macam ada kesan gigitan kat perut lepas tu bahagian depan blakang kulit badan rasa ngilu, sakit dan kebas2... waaaaaaaaaaaaaaaaaa

kalau ianya charlie, aku sangat benganggggggggg!!!!

Adlil Raida said...

hubby akak pernah kena. dia rasa gatal+panas. tapi kalo boleh jangan garu. nanti berparut

ieda =.= said...

syieda pernah kene di segamat..kalau xsilap syieda la..bekas die gigit buat kulit kne cam melecur kan? skali pndang dah mcm kurap..^_^

L said...

kawan L kene kat gak.. huhu

dah semayang belom??
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-1.html

sayA tonaH said...

ngerinye~

nots said...

nampak nye kena tido berselubung walaupun kepanasa , btw kat KUANTAN pon adaa tauuu , kat hostel n bilik saya melambak lamak charlie , kemain glemer name gigit orang boleh mampuihh . *classmate sy dah ramai yg kena gigit dgn menatang kurang hajau nii yee . grrr !

mr.s mi-G said...

dulu mase belajar kt matrix gopeng selalu kene gigit benda alah nie. pergi klinik doc bg ubat sapu jer..tp bile kene gigit, memang sakit la, pas2 die akan jadi mcm kesan melecur tuh.last2 tinggalkan parut. yg pelik kita sorg je yg selalu kene gigit. roommate lain xkene pon. huhu..

nasaruddin said...

Fakta ada di web MPSP benar.Malah kawasan Permatang Pauh pernah mengalami serangan serangga ni amat teruk dan ramai penduduk disengat,tapi syukurlah tak sampai bawa maut.malah sehingga kini, charlie ada lagi di kawasan ini.Petua asas nk halau charlie ni,kalau ia mula masuk rumah,dalam rumah bagi gelap,jgn pasang apa sumber cahaya.buka lampu luar rumah.ia amat suka lampu,sama macam kelkatu.dah agak bnyk ia berkumpul tu spray aja.petua ni sy buat bila rumah adik sepupu saya diserang charlie tahun 2010.syukurlah,lepas 2 hari, ia hilang.

nasaruddin said...

Fakta ada di web MPSP benar.Malah kawasan Permatang Pauh pernah mengalami serangan serangga ni amat teruk dan ramai penduduk disengat,tapi syukurlah tak sampai bawa maut.malah sehingga kini, charlie ada lagi di kawasan ini.Petua asas nk halau charlie ni,kalau ia mula masuk rumah,dalam rumah bagi gelap,jgn pasang apa sumber cahaya.buka lampu luar rumah.ia amat suka lampu,sama macam kelkatu.dah agak bnyk ia berkumpul tu spray aja.petua ni sy buat bila rumah adik sepupu saya diserang charlie tahun 2010.syukurlah,lepas 2 hari, ia hilang.

nasaruddin said...

Gigitan charlie ada bertoksin tinggi,kalau dh banyak disengat.kesannya kemerahan dan pedih membara.

nasaruddin said...

Jd cepatlah2 gi jumpa doktor kalau disengat charlie.

wani said...

baru pas balik dari klinik.. me kena charlie ni kat paha. kat alor setar ni. hari tu kena tang belakang badan. sakitnya hati ku. dah la nak kawin 2 bulan lagi arggghhh

Anonymous said...

take betamethasone cream to treat that charlie..Insya Allah

Unknown said...

kira betul la tekaan Maya !! binatang omeyy tu charlie ghupenyaaa. Dia pernah hinggap kat kaki Maya, nasib tak jadi apa2, syukurrr. :DDD

Kancilbiru said...

UiTM Penang ada keluarkan produk nak bunuh charlie ni. ala2 ridsect gitu..

Unknown said...

Mmbe aq ada sorg kna.. Kt muka.. Baru 2hari lpas kna.. Cmna nk sembuhkn erk..ksian aq tgk dy..tlg bantu..

Unknown said...

Mmbe aq ada sorg kna.. Kt muka.. Baru 2hari lpas kna.. Cmna nk sembuhkn erk..ksian aq tgk dy..tlg bantu..

Unknown said...

Sy br je kena di tangan... rasa dy pedih dan gatal.. just ambik krim d farmasi. Dah 4 hari tp masih sakit tiada perubahan

Unknown said...

Penah kene...member lagi la kene kt muka...abih berparut muka dia..mase tu dok kt matrik gopeng perak

Unknown said...

Klo kena gigitan Charlie, makan dan sapu SNE Kapsul pd tempat luka tersangat mujarab dgn hilangnya rasa panas membara ,gatal, dan dapat sembuh dlm masa 1 mggu tanpa parut.
https://www.facebook.com/timelesshealthbeauty
019 8088 078

Anonymous said...

Rsanya dia takda ubat untk smbuh..suntikan pon tak kan jadi apa2..

Cik Dora Pink said...
This comment has been removed by the author.
Penguin87 said...

Charlie ni ada kat kelantan jgak.. dah gatal satu badan saya ni 😭😭😭😭😭😭

Krimmutiarabumi said...

Haa..try krim mutuara bumi..sgt berkesan n cepat baik..pm 0134389413 utk detail..tk

Unknown said...

waahh..thanks for sharing..anyone boleh explain to me x camne habitat charlie tu..? saya jumpa charlie tu dalam bilik..boleh dikatakan everyday..cuak plak rasa.. dan saya xtahu dari mana charlie tu datang..risau kalau sarang dia ada kat bilik saya tu..so, sesiapa boelh bgtahu mcm mna sarang dye..?or dis just terbang sana sini?