Showing posts with label dslr. Show all posts
Showing posts with label dslr. Show all posts

Hubby got another new DSLR?


Yes.
I'm the one who bought hubby a new DSLR. *berkata dengan angkuhnya*
And ni lah DSLR baru nya.

 Ehhhh apsal semacammm je DSLR nih.



***



***



***



Memang la. 
 Bcoz it's actually a USB thumbdrive..
Muehehe.. ;P


Aku beli ni from Milk-A-Deal.
Tengok iklan dia, terus ingat kat hubby and wanted to give him a surprise gift la kunun.
Aku pon melabur la dua tiga kupang untuk purchase bende alah ni.
Tokey kedai tu cakap, dalam sebulan dua lagi baru diorang pos ke rumah.
Aku pon rilekkk je lah tunggu benda tu sampai kat depan pintu.

Tapi baru selang dua tiga hari, ada bungkusan pos laju sampai rumah.
So aku kompiden la itu bukan thumbdrive untuk hubby tu bcoz tokey tu cakap lagi sebulan dua kan. Lagipon, banyak bungkusan pos laju yang aku terima sebelom ni ialah hadiah untuk Baby Haikal. So aku expect kali ni pon hadiah untuk Haikal lah.
So aku suh la hubby yang pi terima bungkusan tu. Siap suruh dia bukak lagi.

Sekaliiii.....
Thumbdrive tu daaa..
Hancussss surprise aku. Haha
Tokey tu pon satu! Kata lagi sebulan dua! Ceyttt! 
Hampeh tul.

Hmmm tapi takpelah.
Hadiah tu pon dah ade kat tangan hubby.
Surprise aku pon dah kantoi. Haha
And alhamdulillah hubby suka thumbdrive tu. :P

Sorry man. I got two DSLR. :P


 Okay memang camni la cara yang betul untuk menggunakan thumbdrive - CUCUK KAT MATA!



Sekali sekala bagi gift untuk yang tersayang ape salahnya kan. =)


"Menembak" perut seksi. =P

Last month, we had a maternity photoshoot at the Botanical Garden Penang.
Bulan lepas amik gambar, bulan ni baru boleh tengok hasilnya.
Kenapa lamaaaaa sangat? 
Sebabnya aku malas nak pi amik CD gambar yang dah lama siap tu kat Incik Fotografer. hihi. So tangguh punya tangguh, last-last Incik Fotografer tu yang baik hati poskan je CD tu ke rumah. Eheheh..thank you, Incik Fakaruddin. =)

 We enjoyed the pictorial session sepanjang dua hari with Incik Fotografer from QBabyFace.
Kitorang terpaksa buat 2 hari bcoz first day tu hujan la pulakkkk.. So extra 1 hari lah.
Walaupon aku bukan main mengah lagi nak berjalan, berlari, mendaki tempat tu.
Yang dua orang jantan tu (hubby & Incik Fotografer) bukan reti nak berjalan selow-selow. Berlari-lari penguin aku nak kejar diorang. T_T
Nasib baik aku bawa balang air sebesar alam untuk diminum bila mengah.

So untuk tatapan uolls semua, iolls dah tepek beberapa gambar sepanjang sesi menembak tu. Tapi just a few pics la ye.
Tak kuasa la pulak iolls nak upload semua.
Takut uolls muntah darah pulak baca entry yang tak habis-habis nanti.


Okay dah dah. Finish!
Gambar-gambar lain pon lebih kurang gini la gayanyer. Tayang perut.
Sesape yang belah-belah utagha ni, nak try khidmat QBabyface ni, boleh la add kat FB.
Incik Fotografer ni pon baik, senang berunding, bertoleransi, bertanggungjawab, hormat orang tua, berbudi bahasa, berpewatakan menarik, handsome, eh eh eh.

Thank you, Incik Fakaruddin @ QBabyface for a great maternity pictorial session!

Aku plan nak buat photobook khas untuk maternity pics nih.
Tapi bila bagitau Mama, terus kena bebel...

"Buat ape nak membazir buat photoshoot, photobook segala?! Baik spend duit tu untuk benda-benda berfaedah. Spend untuk buat akikah nanti ke, untuk barang keperluan anak ke, bawak Mama pergi melancong ke, belikan Mama gelang baru ke.."

Baiklah Mama... -_____-"


Sape kate yang KOMPAK tak HEBAKKK??

Semenjak dua tiga menjak ni, camera adalah sangat necessary for me. Since my labworks have started and I have to capture any changes/observations occur to my lumut.
Aku terpaksa mengusung ke sana ke mari sebuah camera di tangan. 
Adalah satu beban kepada seorang mak buyung untuk mengusung sebijik DSLR yang lebih kurang berat macam gajah tu semata-mata nak capture gambar lumut. T_T
Bukanlah henpon aku takde camera, tapi dengan resolusi 2MP sahaja, ape yang kau boleh nampak? Batang hidung lumut pon tak nampak. (sejak bila lumut berhidung?)
In fact, mesti la aku nak tayang gambar yang cantik dan beresolusi tinggi dalam tesis nanti. Takkan nak letak gambar gegar, blur, gelap, ye dak?


So disebabkan tak mahu dibelenggu masalah remeh sebegini, aku mula terfikir,
TAKKAN TAKDE KAMERA KOMPAK YANG BOLEH HASILKAN GAMBAR BERKUALITI TINGGI?
So aku mula ajukan soalan tersebut kepada hubby.

But hubby asked me back,  
"Sayang nak camera yang macam mana?"

Dengan penuh demanding aku jawab,
"Yang ada kualiti gambar yang sama macam DSLR abang tuuu..Yang boleh control focus, wide/narrow angle, ISO control, miniature effect, HD movie, MP besar, ada Image Stability, bla bla bla..."

Hubby gamam, "Perghhhh..mana nak cari, sayang!"

Keh keh keh..


Tapi akhirnya, hubby agreed to accompany me to find a compact camera for my research purpose. Kitorang terjah semua malls keliling Komtar tuh.
And setelah berjam-jam tawaf kat situ, kitorang berjaya jumpa satu kamera kompak yang menepati ciri-ciri yang aku nak tadi!!! Anbilivabel!!!
Dengan harga tak sampai 1k, kau boleh amik gambar with few settings macam DSLR, pastu upload dalam FB, kompom kawan-kawan kau cakap kau amik guna DSLR!
Kagum tak? Kagum tak?

Tak pikir panjang, aku terus rembat camera tu. hihi
Nah tengok some pics yang aku capture dari camera kompak awesomeness ku itu..




Bila bawak pergi lab untuk capture ternakan lumut...
Lumut-lumut sekalian kelihatan tersenyum riang!
Weh scary weh kalau tetiba lumut boleh senyum. :O



Mesti korang macam, WEHHH KO PAKAI CAMERA APE WEHHH..NAK BELI GAK WEHHH
Enn? Enn? Enn?

 Tapi before aku expose camera awesomeness tu kat sini, ada one thing yang aku tak puas hati sebenarnya.
Kamera kompak itu berwarna PINK! T_T
Selama 24 tahun aku hidup ni, PINK is always be the last option. Geli geli geli.


Moh aku cerita sikit babak drama yang berlaku kat kedai kamera tu.. 

Aku: Alamak! Pink?? takde kaler lain ke?
Amoi: Haiya..ade kaler silver dan pink saje.

Since I think silver nampak murah/tipikal, so aku terpaksa switch to the pink one.
 Itu pon susah sangat nak terima hakikat.

Aku: Amoi, boleh customize kaler tak?
Amoi: Mane boleh. Dia sudah mai ini macam. Ape boleh bikin?
Aku: Saya ni rockstar macam Faizal Tahir tu. Kasi la kaler kental sikit.
Amoi: *muka nak muntah hijau*


Nak tak nak terpaksa aku amik jugak kaler pink.
Nak sedapkan hati aku, hubby kata,
"Takpelah sayang. Pink pon okay. Baru nampak sisi keibuan tu."

Hmmm..yo lahhhh.. -____-"
Pink pon pink lah...


Introducing my new Canon PowerShot A3300 IS..



So kalau korang rase bajet takde, tapi nak eksyen poyo-poyo macam ada DSLR, pi carik kamera kompak ni satu.
Eh dah alang-alang camera kaler pink, warna tema raya tahun ni pink okay tak?

 Mau hubby pulas telinga aku bila baca cadangan nih. =P