The Power of Free Writing



Haikal wrote this on my xray report lepas dapat tahu saya boleh discharge setelah beberapa hari berkampung di hospital--
.
"Untuk Adelel Rajiah / Mama.
Nak adiya tak mama. Nati Haikal bagi adiya untuk mama."
😊
.
Saya tak pernah ajar Haikal menulis.
"Tiba-tiba" je dia pandai mengeja dan menulis.
Ini bukan magik.
Sebab saya percaya, Haikal banyak belajar secara tak langsung dalam rutin hariannya yang PENUH DENGAN BERMAIN.
.
Sambil main pasir, kami menulis atas pasir.
Sambil mandi, kami menulis di dinding atau cermin.
Sambil makan, kami mengeja guna batang2 sayur yang ada. ðŸ˜‚
Sambil baring-baring, kami menggerakkan jari dan menulis di atas permukaan kulit.
Sampai tergeliat-geliat sebab geli. Haha.
.
Saya tak pernah ajar Haikal menulis dan mengeja menggunakan buku latihan atau tracing book.
.
Sebab bagi saya-
itu kurang seronok. ðŸ˜‰
.
And I believe in the power of--
free-writing.
Anak-anak bebas menulis apa sahaja,
di mana sahaja, dan bagaimana sahaja yang dikehendakinya.
Mencipta apa saje sukukata, bunyi dan perkataan yang terlintas di fikirannya.
.
Dan tugas saya?
Slowwwwwly betulkan setiap yang ditulis oleh Haikal--
tanpa membunuh keseronokan belajar dan rasa "ingin tahu" pada Haikal.
.
Mungkin proses macam ni agak lambat dan memakan masa.
Tapi bagi saya, cepat atau lambat itu bukan isu.
Yang penting, anak gembira, minat dan suka belajar secara berterusan.
.
Kan?
.
Banyak saya kongsikan tentang free-writing and free-drawing dalam buku#3Kertas3Krayon3PenselWarna dan #WhySoSeriousParents tentang betapa pentingnya proses ini, dalam membantu perkembangan anak-anak.
Biarkan anak bebas menconteng, menulis dan melukis, sambil otak mereka perlahan-lahan berkembang tanpa perlu paksaan demi mengejar kesempurnaan.
.
Biar lambat, asalkan minat anak untuk belajar tak mati.
Sebab hanya dengan minat dan hati yang gembira,
manusia akan terus maju. 

0 comments: