5 Tips Membina Komunikasi Yang Baik Dengan Anak-Anak.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wahai ahli-ahli syurga sekalian..
Wah gitu intro dia pada hari Jumaat yang mulia ini.
:D

Hello parents!

Siapa kat sini ada masalah-masalah seperti berikut;
anak lambat bercakap,
dan bila anak dah start bercakap, mereka cakap bahasa yang tak elok pulak,
atau anak terlalu banyak bercakap tetapi bercakap perkara yang tak berfaedah,
atau anak terlalu banyak berahsia sampai kita semakin tidak kenal anak sendiri,
atau anak lebih selesa ceritakan hal peribadi kepada orang lain selain mak bapak sendiri,
atau anak suka bercakap sorang-sorang seolah-olah ada "imaginary friend",
atau anak sentiasa melawan cakap, berbohong dan memberontak?

Ada?
Biasa dengar kan masalah-masalah macam ni?

Semuaaaaa contoh-contoh yang saya berikan tadi sebenarnya ada kaitan dengan--
KOMUNIKASI.

Komunikasi, adalah pencetus sesebuah hubungan.
Komunikasi, adalah ibarat tali yang menghubungkan sesama manusia.
Tiada komunikasi bermaksud tiada hubungan dan tiada pertalian!

So boleh bayangkan tak macam mana jika tiada komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak?
Haa!

Pernah tak dulu-dulu masa zaman sekolah,
kita consider orang yang kita kerap berbual sahaja sebagai kawan kita.
Kalau ada orang yang kurang berbual dengan kita atau tak pernah menegur kita,
pastu tetiba dia nak pinjam homework kita, 
atau tetiba nak masuk group kita bila nak buat projek buku skrap sejarah.
Mesti kita macam, 

"Hek eleh. Dulu taknak bercakap ngan aku. Taknak tegur aku. Tetiba nak berkawan ngan aku. Memang tak lah! Pui!"

Wah terus menggelegak api amarah mu itu. ;D

So begitu jugak lah dengan tanggapan anak-anak terhadap kita ibu bapa.
Ibu bapa yang kurang membina komunikasi atau kurang bercakap dengan anak, 
akan kurang dikasihi oleh anak-anak.
Ini fakta!

Sesebuah hubungan bukan bersandarkan kepada hubungan fizikal sahaja.
Bukan setakat darah DNA sama, 
bukan setakat peluk cium hari-hari,
bukan setakat belikan mainan baru hari-hari.

Ia juga melibatkan pembinaan hubungan rohani.
Sentiasa lah berkomunikasi dengan anak-anak supaya mereka akan sentiasa rasa ada connection dengan kita,
sentiasa ada tali yang menghubungkan antara kita dan mereka,
 dan tali itulah yang akan mengikat agar kita tidak menjauh antara satu sama lain.

Itu lah pentingnya KOMUNIKASI.
Communication is key to a good relationship, remember?


Tapi macam mana nak memulakan dan mengekalkan komunikasi yang baik antara ibu bapa dan anak-anak?
Berikut adalah 5 langkah asas.
Jom tengok satu per satu.



1) Be available for your child. ALWAYS.

Perhatikan waktu-waktu yang anak anda kerap bercakap atau kerap ingin berbual.
Bila?

Waktu makan?
Waktu lepas solat?
Waktu lepas balik sekolah?
Waktu nak tidur?
Waktu dalam kereta?
Bila?

Perhatikan.
Dan BE AVAILABLE pada waktu-waktu tersebut.

Jika tak pernah ada komunikasi atau masa berbual yang intimate sebelum ini,
cuba mula wujudkan.
Cari masa berdua bersama setiap anak dan start a conversation with him/her.
Ceritakan bagaimana hari anda, dan tanyakan pula bagaimana hari mereka.
Mulakan conversation dengan cerita, bukan terus kepada soalan.

And don't expect and push them too much.
Slowwwwly.
Anggap macam korang tengah tackle crush korang.
Tak boleh nak push sangat kan. Kang dia hilang minat. Rilek rilek santai santai je.
Terima apa saje respon yang diberi dan cuba tackle hari -hari.
Boleh juga bawa anak pergi somewhere dan buatlah aktiviti berdua sahaja.
Main ice-skating ke, tengok wayang ke, main basikal kat taman ke, pergi library ke.
Buat betul-betul macam tengah tackle crush. ;D



2) Bila mereka bercakap, DENGAR.

Listening is the key to a healthy communication, 
hence key to a healthy relationship.

Ini bukan dengan anak je.
Dengan sesiapa pun. 

Cuba kalau kita keluar makan dengan kawan.
Kita tengah bercakap, tapi kawan kita tu sibuk tengok phone.
Tak ke rasa macam nak hempuk pasu kat muka dia? -___-
Memang tak la aku nak keluar makan dengan lu lagi lepas ni bro!

So macam tu lah jugak perasaan anak-anak bila kita tak dengar apa yang mereka sedang cakapkan.
Atau lebih teruk, kita hanya PURA-PURA mendengar.
Mulut cakap "oh ye ke, hmm hmm, iye mama tengah dengar ni."
tapi mata khusyuk tengok tulang rusuk Shah Rukh Khan kat TV.

Itu lagi sakit hati. 
Tak payah hempuk pasu dah, hempuk tong gas terus. ;D

So bila anak-anak bercakap, 
dengar, fahamkan dan respon dengan baik.
Hargai dan hormati hak mereka untuk bersuara.
Jangan sampai anak dah bayangkan tong gas melekat di kepala anda.
Jangan marah dia jika perkara itu benar-benar berlaku.
Sebab anda yang minta.
;D



3) Mind your language. Because they IMITATE.

Speech / Communication adalah salah satu aktiviti yang melibatkan imitation skill.
 Anak-anak bercakap SEPERTI ANDA BERCAKAP.
They imitate how you speak.
They imitate the language you use, the words you use.
Baik atau tidak sesuatu percakapan itu, 
anak akan imitate every single word yang keluar dari mulut ibu bapa.
Bila anak cakap "bodoh", sebelum marah anak, tepuk dada sendiri dulu.

Sebab tu kena sentiasa jaga percakapan kita.
Jaga percakapan orang-orang di persekitaran anak-anak.
Jaga percakapan kawan-kawan anak kita.
Jika negatif, jauhkan anak-anak daripada mereka SEGERA.

Speech yang baik adalah SANGAT PENTING.
Sebab setiap butir kata yang keluar dari mulut kita itu--
DOA.

Tapi it started with us, parents.
So biasakan diri bercakap yang baik-baik, sopan dan berhemah. 
Ini pesanan untuk diri saya sendiri juga.
Maklumlah mulut macam jantan. -____-

Pengaruh TV, movie, ipad, smartphones, pun sama.
Hadkan dan kawal. 

Dah banyak dah kajian menunjukkan too much screen exposure menyebakan anak lemah penguasaan bahasa,
suka bercakap perkara bukan-bukan, mencarut dianggap biasa, dan ada juga anak-anak yang jadi lambat bercakap.
Some of them cepat bercakap, tapi they don't really know what they are talking about.
Main taram je cakap. Tapi tak tahu maksud. 

Saya pernah jumpa seorang kanak-kanak ni. Umur dalam 4 tahun.
Mak dia bangga beritahu saya yang anak dia cepat bercakap sebab banyak tengok cerita upin ipin dan boboiboy sejak lahir.
Tapi bila saya cuba berbual dengan budak tu, dia memang petah bercakap dan tak pelat,
tapi dia sebenarnya langsung tak tahu apa yang dia cakapkan. 
Macam mana saya tahu?
Sebab dia hanya meniru dialog dalam cerita tersebut,
dan bila saya twist sikit dialog atau tanyakan sesuatu mengenai dialog itu,
dia tak tahu nak jawab.
Kalau jawab pun, MERAPU.

Sayang.
Kan?

Ini banyak berlaku bila anak-anak kerap ditinggalkan di depan TV terlalu lama tanpa sebarang interaksi dengan dunia sekeliling.
Means, tiada ibu ayah atau orang lain yang menonton bersama.

So please kawal pendedahan screen time anak-anak.
Screen time memang boleh membantu perkembangan anak-anak, 
tapi ia juga boleh MEMBANTUT perkembangan mereka.

So awas.

 

4) TALK. Don't lecture, criticize, threaten or say hurtful things.

Elakkan guna ayat-ayat seperti berikut:

"Tu lah. Siapa suruh panjat kerusi tu! Kan dah jatuh!" 

"Kalau awak taknak berenti menangis, ayah kurung dalam bilik air!"

"Adik kecik lagi. Jangan menyibuk bila ayah dan mama bercakap!"

"Adik pendek. Tak payah la tolong mama basuh pinggan. Kang basah baju, tambah lagi kerja mama." 

"Kenapa berbohong?? Meh sini ayah rotan!"

"Kenapa conteng dinding? Kamu ada duit ke nak beli cat? Boleh bayar? Ada duit??"

"Haa kan dah benjol dah dahi tu. Lain kali buat lagi. Biar pecah satu kepala."

Ini semua ayat menyindir, mengugut, mengkritik secara kasar yang patut dielakkan oleh ibu bapa.
Ia bukan sahaja mengguris perasaan anak-anak, 
tapi ia juga membuatkan anak-anak semakin menjauhkan diri dari ibu bapa.

Dalam apa jua situasi, keep calm dan encourage anak untuk bercakap dan menceritakan the whole story.
Dan pastikan anda mendengar keseluruhan cerita sebelum menilai dan memberikan respon.
React as if you are in their shoes.
Jangan tergesa-gesa dan asyik nampak kesalahan anak-anak sahaja.

Engko tu pun bukannya baik sangat.
Solat lima waktu pun selalu tak complete.
Wudhu' pun buat yang wajib je. Cih. 
Sembang kencang depan anak-anak je la mampu.
;D 



5) Don't deny their emotions, IMITATE their emotions.

Ini related dengan point No.4 tadi.

Jangan menidakkan emosi mereka, tapi tiru emosi mereka. Dalami perasaan mereka.
Ini kesilapan tipikal yang selalu dilakukan ibu bapa.
Termasuk diri saya sendiri.
-_____-

Selalu sangat bila anak tengah sedih atau menangis,
laju je mulut cakap,
"Dah dah. Jangan nangis. Buruk benor muka bila nangis tuh. Malu orang tengok."

Bila anak terjatuh dan menangis,
"Alahhh sikit je tu. Tak sakit punnn. Dah dah. Strong boy strong boy!"
*tetiba strong boy* ;D

Bila anak marah-marah,
"Apa perangai macam ni? Asyik nak marahhhh je. Tak baik ikut perangai syaitan."

Wah mulut kita lajuuu betul kan?
Macam lah kita ni pro sangat bab mengawal emosi sendiri.
Padahal mereka jadi begitu pun, ikut perangai kita. 
Kan?

Parents, lets train ourselves.
Lets be more concern dan perihatin terhadap perasaan dan emosi anak-anak.
Jangan lagi menidakkan perasaan mereka, tapi dalami setiap perasaan mereka.
Bila anak sedih, kita cuba berasa sedih juga.
Kalau anak marah, kita cuba fahami punca kemarahan itu juga.

Contoh, bila anak menangis,
"Mama tahu Haikal sedih. Kalau berlaku kat Mama pun Mama akan sedih. 
Come, let me hug you. It's ok to cry. I am here with you."

Let him/her cry for awhile sebelum slowly tackle dia dengan sesuatu yang boleh menggembirakannya semula.
Macam tu.

Tak perlu mendesak anak untuk switch emosi immediately.
Kita pun tak suka kalau orang menidakkan apa yang kita rasa, kan? 
Kalau kita baru lepas putus cinta, tengah sedih,
tetiba mak kita cakap,
"Dah dah la tu. Tok imam surau depan tu single lagi. Esok mak suruh dia masuk meminang."

Confirm kita terus membayangkan tong gas melekat kat kepala mak kita kan?
;D 

Soal emosi dan perasaan ni memang take time untuk heal.
Dan perlukan motivasi yang kuat untuk bangkit dan sentiasa positif.
So siapa lagi yang nak bantu anak-anak belajar mengawal emosi, kalau bukan kita?
Saya pernah kongsi banyak contoh cara-cara bantu anak kawal emosi dalam pelbagai situasi.
Boleh tengok ENTRY INI.




Dan jangan lupa galakkan komunikasi bersama anak-anak ok!
:D

14 comments:

Unknown said...

tq atas parenting tips ni. sedang dlm usaha menambah ilmu parenting ni. laen kali singgah lagi. :)

Unknown said...

asalammualaikum
bila adakan seminar parenting d perak

erma said...

Assalamualaikum
Ya, bila nak adakan seminar parenting di Perak? atau di Pulau Pinang....
sangat berminat utk menyertainya

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

♥•✿mrs cik@n •✿♥ said...

mintak izin ya share screenshoot dkt FB nti sy tag blog jiji,
thank u acik jiji cantik,
kim salam fifi bfriend lama di LEKAS.

Anonymous said...

terkadang kalo sedang mengajar anak-anak saya sering emosi, itu kenapa ya ?

Obat Herbal Alami Produk Green World

Cara Cepat Mengatasi Nyeri Otot

Obat Tradisional Asam Urat yang Ampuh

Pengobatan Osteoporosis Secara Herbal

Obat Tradisional Stroke Berat paling Ampuh

Obat Sakit Pinggang Herbal Alami

Obat Tradisional Ambeien paling Ampuh

Cara Ampuh Mengatasi Nyeri Lutut

Resep Obat Tradisional Keputihan Karena Jamur

Pengobatan Radang Sendi Secara Alami

Obat Tradisional Gondok Secara Alami

Obat Tradisional Hipertiroid yang Alami dan Aman

Pengobatan Herbal Nyeri Sendi Secara Alami

Obat Tradisional Radang Paru Paru paling Ampuh

Mengobati Infeksi Lambung Secara Herbal

Vig Power Capsule Harga

aeinnamusa said...

Santai je penulisan..bermanfaat dan yg penting sampai ke hati..ada unsur2 lawak juga.

Keep sharing!

Tqsm btw

Anonymous said...

Terima kasih atas penulisan yang sangat berguna. Semoga kita semua dapat mempraktikkan segala saranan di atas. Adakalanya, kita tidak sedar atas segala perbuatan dan tutur kata kita yang secara tak langsung memberikan kesan kepada orang sekeliling kita terutama anak-anak. Terima kasih atas penulisan yang mantap ini. Semoga Allah memudahkan segala urusan kita dan memberikan pertolongan kepada kita dalam mendidik anak-anak ke arah kebaikan di dunia dan juga di akhirat, ameen...

Unknown said...

terima kasih atas perkongsian.. saya juga ingin lakukan yg terbaik buat anak2 saya.. segala info dan perkongsiaan anda bolehla sy praktikkn... tq..salam perkenalan

Unknown said...

cieee cieee makijn deket aja nihhh
Obat Serba Guna alias Multi Khasiat
Apotek Jelly Gamat Gold G
Obat Liver Alami
Obat Herbal Paru-Paru Basah Pada Anak
Obat Herbal Usus Buntu Kronis
Vig Power Capsule Harga
Ramuan Obat Maag
Pengobatan Herbal Kardiovaskuler Tanpa Efek Samping
Obat Tradisional Leukimia paling Manjur
Pengobatan Alami Lemak dalam Darah
Vig Power Capsule Harga

Unknown said...

เว็บไซด์เกมออนไลน์มหาสนุก pgslot เครดิตฟรี โบนัส100 เล่นง่ายได้จริงไม่มีโกง เกมสล็อตอออนไลน์
https://www.slotv9.com/pgslot

pg slot said...
This comment has been removed by the author.
pg slot said...

เว็บตรง พีจี สล๊อต PGSLOTGAME pgslotgame มาแรงแบบหยุดไม่อยู่ในปี 2021 กราฟิคที่สวยงาม เนื้อเรื่องสนุกสนาน ด้วยเหตุนี้ทำให้เราสร้าง PG SLOT VIP มาให้ทุกๆท่านได้สัมผัสประสบการณ์เล่น เล่นสล็อต PG ผ่านทุก

Anonymous said...

تسليك مجاري
شركة تسليك مجاري