Memory Game

 Yuhuuu.. sorry lama tak update.
Banyak pulak hal yang meng-chaos-kan hidup sejak kebelakangan ni.
Huhuh.

So.
Hari tu saya ada janji nak share another parenting tips kan?

Dan topik hari ni sebenarnya ialah kesinambungan daripada topik beberapa minggu lepas
on how to keep your kids behave di tempat awam tanpa menggunakan ipad.
Baca SINI.

Kalau dalam entry sebelum ni, saya cuma gunakan 3 pensil warna, 3 crayon dan 3 kertas.
Tapi kali ni saya guna MEMORY GAME.

Cara ni sesuai untuk anak-anak yang kurang gemar melukis atau belum pandai pegang pensil.
Sebenarnya ada banyak je cara yang boleh digunapakai untuk bagi anak behave dan avoid tantrums di tempat awam.

Dan salah satunya, ni lah.
Memory Game.


Jadah hape nya memory game ni?
Nama macam susah. Susah ke?
Tak.
Tak susah langsung.
Senangggg sagat.


Apa yang anda perlu lakukan adalah:

1) Print je apa-apa gambar dalam saiz yang kecil (pocket-size lagi bagus).
Gambar vehicles ke shapes ke animals ke buildings ke apa-apa lah. Apa-apa saje yang anak suka.

2) Setiap gambar perlu diprint 2 keping atau berpasangan.
Maksudnya setiap gambar mesti ada pasangan yang serupa.

3) Tampal gambar-gambar tu di atas kertas keras (supaya tahan lama dan senang nak flip),
pastu potong kecik-kecik.

4) Label di belakang setiap gambar mengikut kategori.
Kalau gambar vehicles tulis "vehicles", gambar animals, tulis "animals" kat belakang.
Yang ni tujuannya supaya kang senang bila nak main. Tak bercampur-campur.

5) Ok macam mana nak main?
Memula shuffle the card dan susun semua gambar di atas permukaan yang rata dalam keadaan terbalik.
(Rujuk gambar di atas).

6) Suruh anak buka salah satu gambar, hafal gambar tersebut dalam masa beberapa saat,
 dan tutup semula gambar tersebut.

7) Buka gambar-gambar lain satu per satu, sampai jumpa gambar yang sama atau pasangan kepada gambar yang dilihat di point No.6 tadi.

8) Bila dah jumpa dua gambar yang serupa, baru boleh buka kedua-duanya.

9) Proceed sampai habis, sampai kesemua gambar berjaya dibuka.

Gitcu.
 Faham tak?

Habis guna bahasa kamus dah tu nak explain.
Harap faham la.
-______-

Kalau tak faham jugak, boleh tengok VIDEO NI.
Itu bukan video saya. Tapi cara main lebih kurang gitu la. Ok?



Boleh guna apa sahaja gambar.
Gambar vehicles boleh, gambar cinderella boleh, gambar diri sendiri pun boleh.

Kot la anda ni sejenis mak yang desperate ingin menerapkan konsep "syurga di bawah tapak kaki ibu" maka anak anda hanya dibenarkan tengok wajah anda sahaja sepanjang masa,
so boleh la guna gambar sendiri untuk memory game di atas.
40 juta keping gambar, semuanya gambar anda.
Muka, tangan, kaki, telinga, hidung, dan blackheads anda juga. -..-
Terpulang kepada kesukaan masing-masing.
Tapi jangan cari saya kalau anak anda taknak main.
;D

Kalau saya, saya ikut apa saje yang Haikal minat.
Budak-budak ni, kalau benda yang dia minat, memang dia akan buat tanpa dipaksa.
Bila-bila pun. Kat mana-mana pun. Tanpa penat.
Sebab benda dia minat.

Contoh kalau anak minat robot, print lah gambar-gambar robot.
Kalau anak minat princess-princess, print lah gambar princess.
Ada banyak dalam internet. Search saje.

Tapi tolong jangan kata,
"Ummm.. anak saya minat Ipad. Nak buat macam mana ye?"

Hahahahaha.
Please.
-_______-

Ipad has more harm than good. Percayalah.
Berapa kali nak cakap.
Seminar yang saya hadiri minggu lepas pun bincang benda yang sama.
Touch screen dan anything "in a box" macam TV, ipad, phone, etc
memang tak meransang saraf dan boleh membantutkan otak!
Bukan kat anak je. Kat orang dewasa pun.

Hmm.
Dah.
Malas dah nak emo pasal benda yang sama. -..-

So point nya ialah, kenalpasti minat anak.
Guna apa sahaja gambar yang anak suka.
Kalau anak suka elsa, buat kad memory game elsa.
Dan untuk pengetahuan, gambar-gambar ni saya dapat dari google je.
Search je "printable memory game" atau "printable cupcake toppers".

Macam Haikal, dia suka superhero.
So saya cari "printable superhero cupcake toppers".
Ada banyak dalam google images.
So print je. Dan make sure setiap gambar ada pasangan atau diprint dua copy.
Baru la boleh guna untuk memory game nih.

 
Yang bestnya dengan memory game ni, senang nak simpan dan senang nak bawa ke mana-mana.
Letak dalam casing phone je pun boleh.
Bila keluar mana-mana, dan Haikal nampak macam cranky, terus ajak dia main memory game ni.
Most of the time, it helps.



Ni masa kitorang keluar makan.
Kebetulan orang ramai kat restoran tu. So confirm makanan lambat sampai.
Dan budak-budak ni kalau kita biar, atau suruh diorang sabar, atau tunggu.
Memang takkan berjaya dan will lead to tantrums.
Budak-budak mana reti sabar bhai..
Nak melalak, dia melalak je tanpa sebarang amaran.
Nak kuak lentang kat atas lantai, dia buat je, pedulik hape.
Kan?

So memory game ni selalunya membantu untuk melekakan anak dan buat dia tak sedar masa berjalan.
Makanan sampai subuh esok pun takpe.
;D


Selain untuk melekakan anak di tempat awam,
saya juga guna memory game ni untuk homeschool Haikal di rumah.
Percaya atau tak, dengan game ni la Haikal belajar membaca, mengira, mengaji, 
mengenal hari, menambah vacabulary dan sebagainya.

Haaa. Bunyi macam membongak kan.
Tapi seriously tak.
Yang cakap anak minat ipad tadi tu sebenarnya yang membongak. ;D

Memory game memang boleh jadi salah satu method pembelajaran.
Macam mana?
Jom saya tunjukkan.


Contohnya, ia boleh digunakan untuk mengenal huruf.
Dah nama pun MEMORY game.
Memang sah-sah la untuk mengasah kebolehan mengingat.
Dan instead of pakai buku, game ni boleh dikatakan jauhh lebih berkesan.

Kalau taknak terbalikkan gambar,
boleh pakai cawan polisterin yang macam saya buat ni supaya lebih senang nak buka tutup gambar.
Boleh jugak guna penutup botol ke, daun ke, shell ke, coklat ke.
Boleh pelbagaikan untuk naikkan mood anak-anak.
Hari-hari guna cawan polisterin je kang nampak sangat kau tu tak berduit di mata anak-anak hahaha.
Ok tak tak. Gurau.
Terpulang pada masing-masing k.
Agama pun tak ajar memaksa. *tetiba*


Mengenal huruf hijaiyah.
Match 2 huruf yang sama, dan sebutkan nama huruf atau bunyi huruf.


Match number with word or number's name.


Counting.


Match the days in a week, bahasa melayu dan bahasa inggeris.


Match the similar word's sound.


 Match the capital and small letters.


Banyak sebenarnya boleh buat dengan game ni.


Bak kata pakar, kanak-kanak akan lebih cepat belajar bila dia minat dan happy ketika belajar,
nak-nak bila dibuat dalam bentuk game.
Ini baru satu game, tapi dah macam-macam benda boleh belajar.
Kan?

So parents, we just have to be creative.
Tak perlu guna kekerasan. Tak perlu jadual yang strict.
Pembelajaran yang berkesan adalah apabila anak bersedia, mahu dan suka belajar.
Dan tanggungjawab kita ialah fikir macam mana nak mewujudkan suasana tersebut.
Macam mana nak jadikan sebuah game kegemaran anak-anak sebagai method pembelajaran.

Jangan kata tak boleh.
MESTI BOLEH.

Selamat mencuba!
:)

9 comments:

Fazidawani said...

simple dan menarik..mudah untuk anak main games ini

Zai Zamree said...

nice...

tips 3 pensil & kertas tu mmg bkesan la.wlau ank br 18 months tp smlm kt klinik kesihatan yg tggu berejam2 tu anak boleh behave main dgn pensil & kertas

y i e n said...

best2..

thanks 4 sharing.. weekend ni nak ajak husband buat game ni utk anak2 :)

Mama Akmal & Ibu Arif said...

Hai Jiji.

Thanks for sharing. Mek ila pun dah buatkan memory card untuk anak-anak walaupun tak secantik yang Jiji punya. Harap-harap mereka suka nanti.
Jemputlah datang ke blog ye~

asmahyusof said...

Jiji thanks for sharing ;)

adila said...

Awak sekolah Tok Jiring dulu kan? macam kenal...

Zuraida Rahim said...

Terima kasih Jiji for the idea... memang kadang-kadang jadi parent ni boleh jadi blur utk tak nak bagi anak tantrum.. solutionnya biasa bagi phone @ ipad pada anak-anak..

Zuraida Rahim said...

Terima kasih Jiji for the idea... memang kadang-kadang jadi parent ni boleh jadi blur utk tak nak bagi anak tantrum.. solutionnya biasa bagi phone @ ipad pada anak-anak..

Naj AB said...

Terima kasih Puan Adlil sudi berkongsi pengalaman melalui blog ini. Banyak resources yang berguna. Semoga Allah limpahkan rezeki berlipat-ganda kepada Puan Adlil sekeluarga :)