Intan punya teluk

Entry ni khosss untuk yang asyik tanya,
"Jiji, awak pindah kat mana?"



 Haa ni la dia.
Rumah aku. Enam tingkat.  ;D



Dah masuk 4 minggu kitorang duk kat Teluk Intan.
Belum adapt sepenuhnya lagi.
Aku baru hafal jalan nak ke Giant dan KFC je. -..-

Memula masa baru pindah dulu kitorang macam,
"Perghhh sana sini kelapa sawit OMGGGG. Mati la mati la."
-______-

Tapi bila dah nampak Tutti Frutti. Pizza Hut. Secret Recipe. Dominos. Old Town.
Karaoke Box pun ada.
Terus,

"Ok saya boleh hidup kat sini."
:D

Kamonnn. Teluk Intan ialah syurga udang galah kot.
Tiap-tiap malam kitorang makan udang galah.
Muka pun dah macam udang galah. Cuma belum tumbuh sesungut je lagi. -..-

Tapi satu yang kitorang notice, orang teluk intan ni peramah gila.
Jiran-jiran kat sini memang terbaik.
Korang bayangkan, kitorang ni boleh dikatakan family termuda la yang duduk dalam kejiranan ni.
Sebab yang lain semua, anak-anak dah sekolah rendah sekolah menengah camtu.
Tapi hari pertama kitorang jejak kaki ke sini,
diorang yang datang approach kitorang dan tegur kitorang dulu.
Terasa sungguh megan foz. *tetiba*
Diorang macam sangat menerima kedatangan kitorang sebagai jiran baru.
Ahhh best sangat.
Tak pernah seumur hidup aku, hujung minggu lepak kat belakang rumah sambil borak ngan ahkak-ahkak (jiran) sambil petik serai dan daun pandan.

Pastu masing-masing macam,
"Eh awak masak apa hari ni. Bau sedap je tu."
"Kita masak simple je. Panaskan KFC semalam. Bau KFC memang la sedap."
:D

Pastu sambil-sambil sidai kain pagi-pagi sambil lambai-lambai tangan ke arah satu sama lain.
Pastu macam nak berlumba siapa sidai kain paling laju kahkah.
Best kot kejiranan camni.

Tu yang lama kelamaan buat kitorang mula jatuh cinta dengan tempat ni.
Tempat yang sungguh laid-back orang kata.
Bangun pagi ada bunyi ayam berkokok.
Jiran belakang rumah aku ada bela ayam okkkk.
Ayam ok. Ayam. Yang kaki dua tu.
Bukan alarm tone bunyi ayam berkokok ok.
Kamon.. orang teluk intan tak main la semua tu.
Pastu selang beberapa rumah, ada jiran bela kuda.
Pergh bakhang pergh!

Tapi yang paling best semalam la, tengah lepak-lepak kat luar rumah,
 tetiba 4 ekor burung enggang datang bertenggek kat tiang letrik depan rumah
Omagadddd burung enggang EMPAT ekor ok. EMPAT.
Pergi zoo bayar RM10 pun dapat tengok 2 ekor je.
Itu pun yang sekor lagi asyik tidur. -..-

Hebat teluk intan bhai..
:D

Tapi satu la yang tak boleh blah,
everytime aku dengar orang teluk intan cakap kome kome awok awok,
Otak aku mesti terbayang usop wilcha. Kahkah.
Walaupon yang bercakap tu ialah hijabster, tetap aku bayangkan usop wilcha.
-________-




********************************************************Ads**********************************************************
Khas untuk usahawan online.
Sini ada sampul plastik courier yang paling murah paling bagus
paling berkualiti dalam dunia amboi amboi nampak sangat gebangnya heheh.
Selain sampul plastik pelbagai warna, ada jugak bubble wrap, fragile sticker dan sebagainya.
Harga dijamin termurah.
Gittew.
Jemput singgah.

17 comments:

Unknown said...

wahhh...duk teluk anson ea..dekat dah dengan tempat saya...manjung...ce datang manjung lagi heaven ada eon, tesco, giant, the store..sume dekat2...lai2...t datang bagitau ye

Teacher Basariah said...

la..cikgu dok langkap..dekat je dgn teluk intan..welcome to perak (^_^)..btw, tu bukan burung enggang tau..tapi spesies dia hampir sama..hehe

Unknown said...

welcome to teluk anson jiji..awok means saya, kome means kamu semua..blh dah blajo2 (belajar) bahasa perak..hehe

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Ann said...

byk tmpt nk JJCM jgak dkt teluk intan tu..hehe..best2!

fazianbatrisyia said...

best jugak pindah2 ni kan...belajar budaya setempat dll

NuRuL MoHaMaD said...

kiki..
kalo kat parit perak, burung enggang tu pemandangan biasa..
memang banyak burung tu kat sini..

Zana Mn said...

Terasa sungguh megan foz.. haha, nanges sokmo bace blog ni :'D

suzie said...

saya suka baca blog awak. Ini kali pertama kita komen kat blog awak. Kita suka baca fasal haikal dan utk entry kali ni saya suka tengok gambar dan gelagat dia terutama yg nangis lepas jatuh ye..hehehe..cute je.

Nurul Aziz said...

sbb megan foz pindah teluk intan, terus nak ngaku.. sy lahir kat hospital teluk intan dulu.. HAHAHA lahir jela situ, pas tu tak pernah2 dah nak jejak kaki sana. teluk intan dah maju eh?? hihi.

shidasanmil said...

woah..lame x blk kg..rindu nak dok kg mmg tenang...atok sme dah xde..kg pun dah semak je yg tgl..kem salam eh ngn org kg awok. hihih

Lyana Idrus said...

Saya suka sangat cerita ni...tak henti henti saya ketawa.. and haikal is the best!

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

oic..penah Perak rupanya...

hencem lah bb boy awk..smart pakai bj spiderman tu..

Nurul said...

Wah, dah pindah teluk intan... hometown nrl tu... ^__*
Sukanya tgk Haikal, macam2 aksi depan menara condong tu...

Seha's Residence said...
This comment has been removed by the author.
Seha's Residence said...

ateee kak jiji dh dudok teluk intan :D
keme dudok kat taman semesti je..
betol2 dpn skolah sains teluk intan..
*walaupon kak jiji tak tanya*
bhahahahahahaha..
ni karang klu bgtau mama ni, mesti havoc setaman :P
btw, nama saya seha..
blajor UMT ganu..
kampung kat teluk intan..
jgn lupe try nasik lambai tepi sungai, mee rebus rojak mastan ghani depan the store, nasik kandar ghulam rasul dekat dgn giant..
paling win kat teluk intan :D
menjejes air liorrr :D
assalamualaikum :D

larra said...

Salam... im ur silent reader. xde blog. nak tanya mana ye u beli tudung yg u pakai dlm entry ni? cantik.. berkenan sgt dah.. jenuh cari kt online tak jumpa.. my email ana.nisaa@gmail.com.. terima kasih :-)