Hari lahir Mama yang kelima puluh tujuh.

Lepas majlis bertandang Ateh ngan Pali kat Sungai Buluh tu,
kitorang terus rush ke Shah Alam untuk celebrate birthday mama.
Itu pon kitorang sampai lambat.
Diorang dah makan dulu. T___T

Tapi takpe. Asalkan makanan belum habis. Itu paling penting. ;D

Buat kesekian kalinya, aku lunch dua kali pada hari tersebut.
Kat kenduri rumah Pali makan nasi minyak 2 kali tambah. 
Maklum lah duduk meja VIP kan. Kena bijak mengambil peluang kahkah.

Pastu kat Shah Alam, pergi Asiari SACC untuk celebrate birthday mama. 
MAKAN LAGI!
Tapi tak ingat pulak berapa kali tambah.
Tapi macam lagi banyak dari kat rumah Pali. -..-

Ada dua jenis je manusia yang perangai kuat makan camni.
Bela jin,
 atau kau lah jin itu.
-_____-

Yang tudung biru tu la birthday girl nya.
Kecik je orangnya. Dah kata girl. ;D

Birthday mama kali ni tak sempat nak plan apa-apa sangat.
Semua orang macam sibuk dengan banyak hal.
Termasuk la birthday girl tu pon. 
Sibuk uruskan anak dia (Adan) yang straight As SPM tu kan.
Mentang-mentang shortlisted untuk scholarship Bank Negara dan Petronas.
So mama asyik sibuk dengan Adannnn je la sekarang. *nada dengki*

Yang baju purple tu lah anak kesayangan mama buat masa ni.
SPM 7A+ & 2A punya pasal. Terus anak-anak lain jadi anak angkat. ;D
Tahniah la Adan. Amik la mama tu amik laaa.
Buat la macam mama awak sorang.
-_______-


 
So sepanjang hari tu kitorang just pergi makan-makan pastu berkumpul ramai-ramai kat rumah mama.
Mama pun happy sangat anak cucu semua balik untuk birthday dia.
Eh ke dia happy sebab Adan straight As? *tak habis-habis*
T________T
 

Dua orang ni kan.
Dah pandai berborak. Apa yang diborakkan pun tak tahu.
Tapi gaya macam seriusss je. 

"Haikal, kau tahu tak dragon ball ada tujuh bijik semuanya?"
Serius gila topik dragon ball. :D


 Pastu bila dengan Aqilah, Haikal penyayang sangat.
Aqilah nak capai apa, semua dia bagi.
Selalunya kalau bab mainan, Haikal paling kedekut tahi hidung masin gred AAA. Kahkah


Paksu yang dah dewasa tapi dia punya manja sama macam Baby Aqilah. -___-


Ni aku dengan anak-anak jiran.
Ye kami nampak sebaya saya tahu saya tahu. ;D
Tengok la yang rambut kerinting tuuuuu.
Dah macam Marilyn Monroe aku tengok. Gewwaammm


Galah (monopod) ni memang tersangat best dan berguna.
Satu, boleh selfie guna phone tanpa berasa loser sebab muka besar tak muat dalam frame. -..-
Dua, sangat handy, ringan, dan senang nak bawak pergi mana-mana.
Tiga, boleh buat tongkat kalau tiba-tiba kaki kebas semut-semut kahkah.
Empat, boleh berpantun. Buah cempedak diluar pagar ambil monopod tolong jolokkan. ;D

Korang nak jugak, boleh BELI SINI.


Kepada Mama Fatimah Corazon Abdullah yang kusayangi,
semoga panjang umur dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.
Nanti boleh honeymoon dengan Daddy lagi.
Hari tu Daddy cakap,
"Mama kamu ni kalau pergi jalan sihat aje dia. Kalau duduk rumah terus sakit lutut."
:D

Takpe. Pergi lagi honeymoon banyak-banyak kali. Baru sihat sentiasa.
Biarkan Daddy tu nak merungut ke apa. Dia tak beranak dia tak tahu. *tetiba hahaha*

Apa pun, terima kasih Ya Allah sebab turunkan Fatimah Corazon untuk kami.
Isteri yang baik, ibu yang baik, nenek yang baik, buat kami.
Sekarang mama dah boleh rileks. Tak payah risau apa-apa.
Sebab ramaiiiiii orang sayang mama.
Termasuk kami.

Happy 57th birthday Mama.
Rilek ma, muda lagi.
=)




*********************************************************Ads********************************************************
Sebelum ni aku kureng sikit dengan susu kambing.
Walaupun tahu, susu kambing adalah susu paling dekat dengan susu ibu.
Dan susu kambing lebih mudah hadam berbanding susu lembu.
Pernah la jugak cuba-cuba minum beberapa jenama susu kambing.
Tapi rasa dia bluerghhh. Rasa kambing. Kalau rasa kambing golek takpe.
Ni rasa kambing kat kandang yang sedang meragut rumput tu.
Sambil minum susu kambing mesti terbayang kambing berjanggut tapi telur nampak. -______-
Tapi lepas aku cuba susu kambing Golden Goat, perghhh tak sangka sangat.
Sedap nak mampss.
Itu la susu kambing tersedap pernah aku minum.
Memula aku tengok harga dia. Murah.
Pastu macam, hmmm murah mesti tak sedap bahah.
Tapi bila rasa, terus macam nak beli 3 botol terus. -___-
Korang tak percaya cuba try.
Website: www.goldengoat.com.my
Untuk dapat harga diskaun: SMS GG10 ke 012-4746962
Promosi diskaun ni limited untuk 10 orang terawal sahaja tau! Baik cepat.

3 comments:

Izwa Kamaruddin said...

happy birthday mama :)

shidasanmil said...

monopod utk henpon? acaner nak click amek gambo kalau touch screen? haha rase jakunn cam idop jazam dinosour plak aku!

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

slmt ulangtahn kelahiran makcik..