Hadiah Hari Jadi Haikal

Hari ni Haikal genap 2 tahun.
Rasa macam baru semalam lahirkan dia.
*ayat tipikal*

Ok kita tukar sikit.
Rasa macam baru dua tahun lepas lahirkan Haikal.
:D

Kang birthday Haikal yang ke-20,
Rasa macam baru doploh tahun lepas lahirkan Haikal.

Kahkah.

Mak engko dah kenapa Haikal?
-_______-

Aku pernah up entry pengalaman beranakkan Haikal.
Everytime baca balik entry tu mesti aku rasa macam..
bila nak dapat baby lagi ni??
Rindu nak beranak lagiiii. :P

Padahal lepas je beranak Haikal dulu,
"Omaigod sakit gilaaa. Ni last aku beranak. Sumpah ni last."

Tapi belum sempat habis pantang, dah start gesel-gesel hubby.
"Bang, baby baru bila bang?"
;D

Dan hari ni dah dua tahun berlalu.
Masih...belum ada baby baru kahkah!
Takpe. Husnuzhonni.
Rezeki belum sampai la tu.
Mungkin Allah tengok aku macam,
"Biar betik budak ni nak baby baru? Kemas rumah malas. Masak malas. Mandi pon malas."
-________-

Jadi marilah kita memperbaiki diri dahulu.
Supaya boleh dapat baby baru cepat. Hihi.
Ya Allah Ya Tuhanku, saya nak order sepuluh baby baru.
Nak yang daging empuk-empuk. Yang pipi stok boleh sidai. :D

Ok dah. Cukup pasal baby baru.
Korang tolong doakan juga ok.
Dalam doa korang tu jangan lupa sebut "daging empuk, pipi boleh sidai" tau.

Hari ni kita nak cerita pasal baby yang dah tak berapa nak baby yang Allah dah pinjamkan kepada aku dan hubby. Yang bernama Ashraf Haikal aka Faizal Tahir.
 Holloh holloh holloh.


Sempena birthday Haikal yang kedua ni, aku dan hubby telah berfikir panjang nak bagi hadiah apa kat Haikal. Kitorang memang suka beli hadiah mengikut keperluan semasa tau.
Macam tahun lepas, first birthday Haikal, dia baru dapat kaki. Baru reti jalan.
So kitorang hadiahkan dia kasut. BACA SINI.

Sama lah macam kalau kitorang nak cari hadiah untuk pengantin jugak.
Kitorang mesti pilih barang keperluan. Bukan barang hiasan.
Macam pisau ke, parang ke, lesung batu ke. Heheh.

Jadi kepada kawan-kawan yang baru berkahwin, bertabahlah bila buka hadiah aku. Bahaha! Macam hadiah dari ex-boyfriend ke apa bagi parang pisau? ;D

So birthday Haikal tahun ni, kitorang sepakat decide nak hadiahkan dia bantal pelok.
Kenapa?
Sebab Haikal sekarang suka sangat curi bantal pelok kitorang masa tidur. Sesuka hati dia nak curi. Kalau terjaga malam-malam, sedar-sedar je budak tu dah sedap pelok bantal pelok aku. Terpaksa aku berpeluk tubuh sampai ke pagi.
-..-
Hubby lagi tak boleh blah. Kalau Haikal tengah sedap pelok bantal dia, hubby main tarik camtu je. Terkejut-terkejut budak tu cari benda lain nak dipelok. Kahkah.
Haikal bukan takde bantal pelok sendiri, ada je tapi dah kecik.
Yang saiz baby tu. Bahaha.
Kesian dia.

Jadi marilah kita hadiahkan Haikal bantal pelok sempena birthday kedua.
Yeayy! -..-

Punya bergaya tahap moksha tangan lapan.
Padahal nak pergi beli bantal pelok je aduinya pun. -..-

Tapi sebelum cari bantal pelok tu, kitorang pergi tengok wayang dulu.
Cerita Cloudy with a Chance of Meatballs 2.

 Sebenanrnya ni bukan first time Haikal tengok wayang. Ni dah kali ke empat ke kelima entah.
Sebelum-sebelum ni kitorang rajin je bawak Haikal tengok wayang, cuma tak pernah cerita sini. 
Takut Mama marah. Bahaha!
Ye la. Budak-budak kan kena duduk rumah je, belajar ABC. -..-

 Ehehem Haikal putih ehehem macam siapa ehehem. ;P

Gambar ni bukti bahawa cerita tu takde la best mana. Huhu!
Mak bapak syok sendiri selfie. Tapi anak mengamok. -____-

Tapi Haikal memang tak enjoy pon tengok cerita Cloudy Meatballs tu.
Tah hape-hape je cerita dia.
Setakat animasi je cantik, tapi jalan cerita pffftttt.
Masa tengok The Croods dulu, Haikal boleh layan dari mula sampai habis tau.
Sikit pon tak meragam.

Habis wayang, nak bagi Haikal ok sikit, so bagi la dia main mainan yang masuk coins tu.

Jangan pergi jauh-jauh sangat yang. Minyak mahal sekarang ni. ;D

Motor sikit punya macho camni, tapi bila masuk coins, lagu Marry had a little lamb.
T___T
Potong setim betul.
Pasang la lagu Metallica ke, lagu Faizal Tahir ke kan.
Takpon lagu "Bila Izrail datang memanggil" ke. ;D

Habis naik motor, naik bot pulak.
Yang, orang naik bot dekat laut, atas air. Bukan kat mall aras 3. -..-

Lepas tu kitorang singgah solat kat masjid dekat-dekat situ.
Plus nak bagi Haikal tidur kejap.
Yang aku update status kat FB pasal masjid facing kubur tu kan, yang suddenly aku emo sengsorang tu kan, waktu ni lah terjadi. Huhu! So kalau korang tengok gambar lepas-lepas ni, muka aku cembeng macam orang dalam pantang je kan. Pempaham je la ye.
Baru pash nangishh. :P

 
 

 Yeayyy. Dapat bantal pelok baru. Harga RM9. Heheh.
Tapikan. Selang beberapa hari lepas tu, aku singgah satu pasaraya ni, aku tengok bantal pelok budak diorang jual RM7 je. Cisss!!


 Kan ke beza tu saiz bantal pelok lama dengan yang baru.
Dah besar anak mama rupanya.
Rasa macam baru dua tahun lepas lahirkan dia. ;D

Malam tu tidur lena la dia.
Tak gaduh dah nak curi bantal pelok orang lain.
Punya la aku pasang sarung bantal pelok tu, tapi dibukanya balik. 
Sebab taknak tutup otromen.
-..-

So tu jelah yang kitorang buat sempena birthday Haikal yang kedua ni.
Hari ni pon takde plan apa-apa. Menjalani hari seperti biasa.
Haikal pon pergi sekolah seperti biasa.

Sebab kitorang dah plan nak celebrate weekend depan.
Kan aku dapat sponsoship hotel tu kan. Weekend depan la tarikhnya. Hihi.
Kat PD je pon. Grand Lexis. Siapa pernah pergi?
Best tak tempat tu?

So kitorang plan nak celebrate kaw-kaw kat sana je la nanti.
Boleh bajet orang kaya sikit. Kahkah.
Maklom la bukan selalu dapat stay hotel.
Towel baju kotor spenda boleh main campak-campak je.
Kang room service datang bersihkan.
;D

Tengok perangai tu.
Ada pulak campak-campak spenda?
Macam mana nak dapat baby baru??? 
T___T


 Ashraf Haikal anak kesayangan Mama,
Happy 2nd Birthday, sayang!
Jadi anak yang baik dan soleh ok?
Haikal dah besar kan?
Duduk pon dah macam orang tua dah mama tengok. ;D

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ 
(Allhumma faqqihhu fiddin wa a'llimhuttakwil) 
"Ya Allah, berilah kefahaman kepada anakku dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran)."

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّلِحِيْنَ 
(Rabbi habli minash shaalihiin)
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"

  Ameen. 

2 comments:

Effa Akmal said...

Grand lexis best sgt.kalau dpt bilik previllege (kot?sbb lupa dah.haha), lg best.sbb dlm bilik 2 ada swimming po0l.pas2 bilik kita 2 atas air.blh npk air kt bwh lantai 2.

riza said...

Akak ada anak nama Haikal juga...dah 19 tahun dia...enjoy your days with Haikal...