Mengaji.

Sekarang Baby Haikal dah semakin menunjukkan minat terhadap buku.
Aku perasan, budak-budak baya dia memang gitu.
Aku perhati anak-anak buah aku, anak-anak sepupu aku, bila dah setahun lebih mesti nak mengusung buku kemana jua mereka pergi. Ada tu siap nak bawak buku dalam beg, padahal nak ikut mak paknya pergi Giant je. Haha!
Betapaaaa mereka ni sukakan buku.

So Baby Haikal pon begitulah gayanya sekarang.
Rak buku kat rumah kitorang ni, tidak lagi elok tersusun seperti dulu. Huhu!
Dulu aku kemain susun buku mengikut jenis tau. Macam dalam library tu.
Fiksyen dan bukan fiksyen kahkah.
Tapi sekarang, naharommmmm..
Serahkan saje pada yang pakar (Baby Haikal) untuk menyusunnya.
Aku hanya mampu urut-urut dada menahan sabar. -..-

Tapi sekarang kitorang dalam proses untuk explain kat Baby Haikal, mana satu buku dia dan mana satu bukan buku dia, dan tolong jangan sentuh buku mama, mama siku kang. Haha!

Kitorang dah asingkan siap-siap buku-buku Baby Haikal dalam satu rak.
Hari-hari kitorang akan ingatkan dia,

"Rak ni sahaja buku Haikal ok. Rak ini sahaja. Faham? 
Rak lain, nak siku sila usik."

Kadang-kadang dia menurut perintah, tapiiiiiii
tak selalu.
Ada je syaitonirrojim bisik kat telinga dia suruh kacau buku Mama, maka barai la segala-galanya. Nak siku pon dah tiada gunanya kahkah.
Jadi, marilah kita sama-sama menanamkan kesobaran di dalam diri.
"Sobarrr maknya..sobarrrr..", pesan syaitonirrojim kepada maknya.
Ada pulak syaitonirrojim yang baik hati. Haha!

Ada satu malam tu, Baby Haikal usung iqra' dia kemana jua dia pergi.
Sampai ke dapur pon dia bawak. Huhu!
Aku sebenarnya jarang ajar dia mengaji guna iqra'. Sebab dia ni tak sabar. Belum habis lagi page 1 dah sibukkk dah selak page 2. Pfft.
So aku selalu ajar dia mengaji guna flashcard Al-Furqan tu je. Senang.
Tapi malam tu, dia sibukkk nak mengaji guna iqra'.
Aku selaku mak paling baik berhati mulia (tolonglah angguk laju-laju), layan je la anak bujang ku nan seorang ini. Huhu!

 Tengok gaya je dah tahu betapa tekunnya nak mengaji. 
Tangan kanan tunjuk, tangan kiri tak ketinggalan. Haha!

Macam biasa, baru baca tiga baris, dah sibuk nak selak page lain. 
Sobarrrr aje lah.

 
 
 Ko tengok... tak boleh lagi susah page yang dia pilih tuh.
Kalau camni, baca Qur'an terus la yang. -..-


Baca ayat panjang-panjang pon, bunyi tetap
"Allahubaa Allahubaa.."

Allahuakbar?
Ni nak sembahyang ke nak mengaji ni? 
Konfius dah Mama.
-____________-"

7 comments:

NorrShakor said...

hahaha..betullah jiji.. anak2 akak pun sama ..yg sulung tu memanjang nk bawak beg sekolah dia.gi bercuti pun sibuk nk bwk beg sekolah..kekonon cam byk jer keje sekolah..padahal buku bewarna ke kot..layan jer la..
bagus haikal..nk cepat jadi iman tuk abg kawasan tu..

Tengkubutang said...

waa.. sejuk mata melihat picture ni.. hemm.. moga baby jd ahli tahfiz alquran bila beso nanti.. aminnn...

done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Azie Suhaimi said...

alaa tomeynyaaa..baper umur anak sis ye? ke sebaya baby saya? :)

ADLIL RAJIAH said...

Zawifatul,
Umur haikal setahun 5 bulan :))

ctZue said...

Jiji..bole tak smlm aku mimpi baby haikal..?? Tak paham..haha..maybe sebab selalu baca blog ko ni..selalu tgk gamba baby haikal sampai terbawak2 dlm mimpi ok..dari dalam mimpi lg aku dh kenal..eh, ni haikal anak jiji ni..sekali dgn mak pak haikal pon terlibat sama..hahaha..dalam mimpi smlm suka sgt layan kerenah haikal main air,asal nampak pintu terbuka sket terus lari nak kuar..tau2 dah kat blakang umah duk pegang pokok la..asal leka sket tiba2 haikal dh duk dlm bilik air tgh main air..hehe..

ADLIL RAJIAH said...

ctzue,
melampauuuuu sampai terbawak dalam mimpi!!! hahaha! lawak ok mimpi ko tu. Atau...aku rasa dalam diam ko ada menyimpan perasaan terhadap baby haikal. kenapa tak luahkan je dalam mimpi tu. hihi! btw, haikal dan air memang tak dapat dipisahkan. jadi benarrrr sangat lah mimpi ko tu. :))

ctZue said...

Hehehe... Harap2 la nnt aku dpt anak laki comel mcm baby haikal jugak..manetau kenan muka haikal ke nnt..hehe