Papa's Bedtime Story.. *sighhhh*

 Sape yang dah lama folo belog ni mesti dah kenal laki aku ni camane.
Kalau berimaginasi tu, memang di luar tabi'i sungguh. Kengkadang makcik pon tak kuasa nak layan pakcik korang tu. Heheh. Kalau kitorang tengah bincang pasal masa depan Baby Haikal ke kan, mesti dia boleh pergi sampai,

"Nanti bila Haikal dah berjambang..."
"Nanti bila Haikal dah kawen..."
"Nanti bila Haikal tengah further study kat Ireland..." 
*yang ni paling takleh blah. siap dah spesifik nama negara tu. Hahah*

Macam-macam lagi lah laki aku tu berangan kan.
Apa pon tak boleh. Aku expect perbincangan tu pasal nak sekolahkan Baby Haikal kat mana ke.. Nak bagi Baby Haikal berapa orang adik ke.. Camane nak design bilik tidur Baby Haikal ke.. Realistik la sikit kan. Adoiiiii hai! Penat mak hincik.

Ke perangai engineuurrr memang begitu? Sape yang ada laki engineuurr jugak, meh sini story kat aku. Engko pon berkongsi nasib ngan aku ke camane? Haha.

Lagi satu kan. Hubby ni suka cerita bedtime story kat Baby Haikal sebelom tidur. Memang tetiap malam pon dua orang ni suka berborak-borak dulu sebelom tidur. Aku? Tak join pon. Tak de kawan pon nak borak. So terus tidur je la. *sentap* Haha.



Ada satu malam tu, macam biasa lah. Hubby cerita-cerita untuk Baby Haikal. Oh untuk makluman, semua bedtime story hubby adalah dia reka sendiri. Bukan tengok buku pon. Beliau menggunakan imaginasi di luar tabi'i dan bakat terpendam yang dikurnia tanpa diminta itu semata-mata. *apatah aku merepek*

So aku nak share dengan korang salah satu bedtime story ciptaan hubby. 
Wah ciptaan! Hak terpelihara ok! Haha
Walaupon aku selalu buat-buat tidur everytime hubby bercerita dengan Baby Haikal kan. Tapi telinga aku ni, tetapppppp terpasang! *memang dasar bizibodi tidak syak lagi*

 Sebelom tu, korang kena janji untuk mengawal urat gelak masing-masing seraya *wah seraya! haha* membaca cerita di bawah.

Pada suatu hari, ada seekor anak beruk yang sedang bermain-main di dalam hutan. Lama-kelamaan si anak beruk itu mula bosan bermain di tempat yang sama. Jadi dia meminta ibunya membenarkannya bermain lebih jauh di dalam hutan tersebut. Namun ibunya tetap tak kasi. Si anak beruk yang degil itu berasa marah dan tidak mahu mempedulikan kata-kata ibunya. Pada suatu hari *berapa kali pada suatu hari pon aku tak tahu. haha*, anak beruk itu keluar jauh dari hutan tempat tinggalnya. Dia mahukan kebebasan tanpa menghiraukan nasihat ibunya. Sambil berjalan-jalan di dalam hutan tebal itu, si anak beruk terserempak dengan satu makhluk yang saaaaangat besar. Dia berasa saaaaaangat takut. Dia pon belari sekuat hati. Makhluk besar itu mengejarnya dari belakang. Anak beruk itu berlari dan terus berlari sampai akhirnya dia menemui jalan mati. Makhluk besar tadi menghampirinya. Anak beruk tersebut berasa sangat takut sambil menjerit, "Tolonggggg!! Tolongggg!!! Jangan makan saya. Tolong!! Jangan makan saya!!" Tiba-tiba makhluk besar tadi berkata,"Macam mana saya nak makan kamu? Saya ni seekor gajah. Gajah mana makan beruk." *yang ni memang takleh blah! haha* Si anak beruk tadi berasa lega. Makhluk besar bertanyakan kepada anak beruk, bagaimana dia boleh sampai ke hutan tebal itu. Anak beruk pon mengaku bahawa dia telah mengingkari ibunya. Lalu, makhluk besar yang baik hati itu berkata, "Itu lah kamuu..jangan sesekali lawan cakap mak. Cepat naik atas belakang saya. Saya akan hantar kamu pulang."..

Dan tetiba, aku menyampuk,

Aku: Papaaaa! Please stop. Dah jangan cerita dah.
Hubby: Kenapa?
Aku: Setop la! Time to sleep! 

Padahal aku dah tak mampu nak menahan gelak dengar cerita tu. Nak terputus urat gelak aku ok. Hampeh punya bedtime story! Haha!
 Dan malam tadi punya bedtime story, bertajuk Seladang dan Labah-Labah.
Ada satu part dalam cerita tu, "Labah-labah masuk ke dalam telinga seladang tanpa pengetahuan seladang yang bongkak itu"
Adoiiiii...tak sanggup aku dengar. Haha!
Aku tengok Baby Haikal muka rilekkk je dengar Papanya bercerita.
Kengkadang aku rasa nak cakap camni kat Baby Haikal, "Yang, engko tau tak bapak engko tu tengah buat lawak antarabangsa? Tolonglah gelak, tolongggg!!
Haha.


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

8 comments:

NorrShakor said...

hahaha..kita serupa la jiji..suami akak pun kalo start citer kalau leh planning tu 8 ke9 tahun punya..padahal nak bincangnya 1 ke 2 tahun akan datang jor..kadang memang maleh nak layan..wat muka jer la..huhuhu..memang dasar engineer gitu kot..nak wat camner...tapi sayang tetap sayang ...cewahhh!!!

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Days said...

engineur mmg begitu.pasti xragu2 lg.haih.hahahaha.tp bg kite merapu dieorg bangga ckp dri sendri kreatif haha

D' Hasnie Aini said...

hahahahaha....rasa nak gelak guling-guling dengar cite nie :P

ADLIL RAJIAH said...

mama farah,
seppppp!!! tak paham sunggu imaginasi mereka ni kannnnn.. komplikated sangat. rilek2 sudah la kan. yang part sayang tu, eh mustiiiii!! hahaha!

days,
kreatif kengkonon la kan.. tapi sometimes, berguna jugak pemikiran diorang ni. senang kerja aku. takyah susah2 duk pikir. Keh keh keh

d'hasnie,
tu baru satu cerita, masuk banyak cerita lagi rasa macam nak bunuh diriiiii je. HAHAHAHAHAHA!

mizzura said...

kahkahkah...
yang ayat "nanti kalau Haikal_____" "nanti kalau Haikal _____" tu kalo diterjemahkan secara detail macam "dulu, papa nak ___" "dulu, papa nak ___"

cepatlah membesor haikal...haha..boleh gelak kat lawak internasional papa tuh...hahahha..

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

hahahahahah :D sumpah lawak ok!
korang laki bini ni kan mmg secocok sekali...dua2 pandai melawak....

salam perkenalan... :)

Azura said...

comelnya bedtime story. tak nak lah panggil lawak antarabangsa, sebab tu pun satu kreativiti jugak. :)