Baby Haikal 1 tahun hari ni. *sobsss*

 Kenapa sobs? Patutnya anak dah setahun, mak hooray la kan.
Ni sobs pulak. Huhu.
Bukan ape. Dua hari lepas kan birthday Baby Aqil, anak Along. Pastu aku sok sek sok sek la tanya Kaklong, camane perasaan bila anak dah setahun. Pastu dia cakap macam nak nanges la, rasa syahdu la.
So aku selaku mak yang dah tak sabar sabar nak tunggu Baby Haikal umur setahun (padahal selang sehari lepas tu je. haha!) terdetak dalam hati, eisshhhhh tak boleh jadi nih! Aku pon kena rasa syahdu jugak masa birthday Baby Haikal nanti. Hahaha!

Maka tajuk entry ni kena letak *sobs* tanda syahdu ok. Sila faham.

Tapi memang betul pon Kaklong kata tu. Rasa sebakkk je. *ceyy ceyyy nak jugekkk*

Semalam aku borak-borak ngan hubby,

Aku: Anak kita dah setahun bang.
Hubby: Ha'ah tu la.. Papa rasa macam tak caya pulak dah ada anak.

Ehhhh pulakkkkk! Dah setahun kot. Setahun! Sabar je lah statement laki aku nih. Haha!

Aku: Ada pulak tak percaya?
Hubby: Heheh. Ye la. Dulu kita dua orang je dalam rumah ni. Nak berlanggar pon dengan Mama je. Boring. Sekarang dah ada Haikal. Bahagia je rasa.
Aku: *pfffttt..boring katanya! biasaaaaa dia tu!* Hmmm ye la..
Hubby: Mama pulak rasa seronok tak bila Haikal dah setahun?
Aku: Sebak je.
Hubby: Kenapa?
Aku: Hari tu, masa birthday Aqil, Kaklong pon kata dia sebak. *hahaha!*
Hubby: Ye la tapi kenapa kena sebak pulak?
Aku: Ye la. Rasa macam baru je lagi meraung-raung dalam labour room. Berhempas pulas beranak, pastu keluar Haikal dari perut, merah je kulit dia masa tu, kecikkk je dia. *4 kilo memang kecikkk sangat huhu!* Pastu berpantang, Haikal pulak berbedung macam popia, mata tertutuppp je. Mama rindu sangat saat tu. Masa tu Papa sayangggg sangat kat Mama. *tahan air mata*
Hubby: Alolololololo~ Sekarang pon sayang ape. Mestilah sayang isteri Papa ni. *tepuk-tepuk pipi megan fox*. Tapi sayang Haikal lebih la.
Aku: ppfffffffttttt!


Tadi lepas hantar Baby Haikal pergi skool, aku on laptop tengok gambar-gambar masa aku pregnen, masa aku beranak, pastu gambar dalam pantang. Gemok hoi! Haha! Maksud aku Haikal la gemok bukan aku. Bahah!

Haikal kecikkkkkk je masa tu. Aku boleh dukung dia satu tangan je.
Tapi sekarang, bila tengok dia pagi tadi, aku rasa nak nanges *tiru kaklong*. Sebab tengok Haikal dah besar, dah ada gigi, dah pandai main, dah pandai merajuk bila kena marah, dah pandai marah aku balik bila nak tunjuk protes, dah pandai jalan, dah pandai duduk, cangkung, tetrtonggeng semua lah!

Hmm.. seyesly sekarang baru aku perasan seronoknya ada anak.
Rasa macam ada satu miracle yang sedang berlaku depan mata.
Memula dari takde, pastu ehehem terpregnen pulak. Pregnen itself pon dah macam miracle. Rasa macam bela ikan dalam perut haha. Pastu beranak, eh ehhhh keluar orang! Pastu sekarang orang tersebut dah berusia setahun dan baaaaaanyak sangat perubahan dia day by day. =)

Masa bangun tido pagi tadi, aku bisik kat telinga Baby Haikal,
"Happy Birthday sayang. Mama love you."
Waktu tu Baby Haikal tido lagi. Lepas aku bisik, dia tendang-tendang muka aku.
Pffftttt potong setim sangat ok! Baru nak layan syahdu. Haha.


Aku bersyukur sangat sebab sepanjang setahun ni, Baby Haikal sihat, aktif, hensem eh eh. Dan jugak tak banyak karenah *ye la tu...haha!* Tak pe hari ni birthday dia, so kita cerita yang baik-baikkkkk je. huhu!


Oh aku ada satu cerita.
Lately kan, Baby Haikal macam ada satu habit baru taw.
Dia suka amik sesuatu, pastu bawak sesuatu tu kemana-mana je dia pergi, pastu tinggal je sesuatu tu kat tempat tu. Eh paham tak?

Ok aku bagi contoh la.
Aku selalu letak fone kat ruang tamu.
Kalau Baby Haikal ternampak fone tu, mesti macam ada satu hasutan suruh dia amik dan main dengan fone aku tuh *pfffft*, maka dia pon akan berusaha gigih gila untuk amik fone tu walaupon aku letak tempat tinggi sikit. Baby Haikal tetappp akan dapatkan fone tu. Selalunya dia tepuk-tepuk sofa tu sambil jerit-jerit, sampai fone tu terjatuh atas lantai. Pastu dia berjalan la pergi kutip fone tu kat lantai. Gigih sangat!
Pastu tetiba ada hasutan lain suruh dia pergi main kat dapur. So Baby Haikal akan merangkak ke dapur, sambil pegang fone aku tadi, pastu kat dapur ketuk-ketuk fone tu kat almari dapur sambil jerit-jerit keriangan. Dah puas main kat dapur, datang balik kat ruang tamu, sondol-sondol aku mintak nenen. Pastu aku pelik sambil tanya Baby Haikal, ehhhh mana fone Mama?!!!
Namun Baby Haikal hanya buat muka senyum-senyum sambil mata keatas.
Pastu aku pon cakap kat hubby, "Papa call fone Mama, tak tau dah Haikal letak mana."
Maka hubby pon call, dan cari fone aku. Dan akhirnya jumpa lah. Nak tau jumpa kat mana?
Kat dapur, dalam bekas bawang.

Sekian terima kasih.

Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

4 comments:

Days said...

itu dh mcm perangai aku je tu.amek kat tempat lain letak kt tempat lain.advanced sungguh haikal hensem nih dh matured la anak anda sis hahahah

isabelle said...

happy birthday, si comel.
aunty kalo tengok muka haikal, mesti ternampak mcm adib versi tembun dan putis.hihihi.
lepas ni bwk henpon mama, taruk dlm baldi isi air pulak ye. syabbash...hehe

ADLIL RAJIAH said...

Days,
Hamboihhh tapi engko takkan sampai amik fone letak dalam bekas bawang kan... haha!

Kak is,
Sebab masa saya pregnen dlu suka tgk muka dib kot. Terkenan disitu. Haha! btw, letak fone dalam baldi berisi air, dah pernah nyarisssss berlaku ok. nasib baik sempat elak. kalo tak meratapi saje lahhh..

Amalina Ali said...

Happy Birthday Haikal. Semoga menjadi anak yang soleh, membesar dengan kajayaan dan akan jaga mama & papa bila dah dewasa nanti. InsyaAllah.


Salam perkenalan sis. Nana suka baca blog akak. :)