Family vacation-Langkaweyh (Part 2)

Lepas perabih kat cable car, kitorang sambung jalan lagi.
Dan tersinggah la pulak kat Pantai Pasir Hitam.
Sebenarnya takde apa yang menarik pon kat sini.
Tapi sebab dah lalu kat situ, maka singgah saje lah.



Pantainya macam pantai biasa saje.
Cuma pasirnya hitam. Dah tu nama dah Pantai Pasir Hitam kan.
Menurut mitos, pasir kat sini hitam sebab, masa zaman dulu kerajaan laut dan kerajaan darat pernah berperang dannn.... KEBABOMM.
Aku pon tak tahu. Sila gugel sendiri. Kih kih kih

Dah tu..korang percaya mitos begitu? Kalau depa kata zaman dulu pernah berlaku pertumpahan minyak diesel secara besar-besaran ke, pernah ada pesta hari orang minyak sedunia ke, mau la jugak aku percaya.
Ini peperangan kerajaan laut dan darat, dah macam adaptasi cerita Spongebob je.

Tapi, disebalik kehitaman pasir pantai tu, ada fakta sahih dari sudut sains nya okay.
Sila gugel hihih.

 Dah macam kek lapis pon ado.



Depa kata lagi, kalau gali dalam-dalam pasir ni, kita akan dapat pasir pantai macam biasa jugak. Maksudnya, warna pasir yang normal la. Aku pon iya kan saje lah.
Tak kuasa pulak nak try test pergi gali pasir tu kan.
Kengkonon nak mengsohihkan statement tersebut.
Tapi kalau depa kata, gali dapat harta korun, ehhhhh aku lah orang pertama bawak jengkorek ke situ.
Hihok hihok hihok


Okay habis cerita pasir hitam.
Next destination is Makam Mahsuri.
Ni kira tempat wajib kat Langkawi la kan.
Langkawi feymes pon sebab Mahsuri kan.

 
 Telaga Mahsuri. 
Orang kata kalau minum/mandi air dari telaga ni boleh naik seri dan cantik macam Mahsuri. Siap diorang buka booth jual air ni kat sebelah telaga ni. 
Yang aku hairan tu, ramai pulak yang membeli.
Macam bahaya je kalau kita terpercaya benda-benda camni kan.
Kalau aku, baik aku cari air telaga Megan Fox.
Ade? Kat mana?
Kah kah kah.


 Rumah Mahsuri.


 Dan ini lah makamnya.
Dolu-dolu aku pergi, takde lagi tembok keliling makam nih.
Tapi sebab ramai sangat yang duk hantar pisang la. Hantar duit la. Hantar kain kuning la. Sembah-sembah segala.
So diorang buat tembok sudah.
Dan ada dezaz dezuz mengatakan, kubur yang sekarang ni hanyalah kubur tiruan, kubur yang sebenar dirahsiakan. Sebab nak elakkan benda-benda syirik ni lah.
Tapi entah lah aku pon dok tahu betol ke idok.

Dan masa kitorang nak balik tu, aku bagitau hubby,
"Sayangnya tempat ni dah tak macam dulu. Dulu lapang, memang nampak la suasana kampung Mahsuri tu. Tapi sekarang, very crowded. Penuh booth jual souvenir. Plus, dah tak well-maintained. Semak samun saje."

Pastu hubby cakap,"Power sumpahan Mahsuri dah habis la tu."

Kah kah kah


 Tak jauh dari Makam Mahsuri, kitorang terus singgah Beras Terbakar.

 Alahai seco'et saje berasnya.
Dolu-dolu aku pergi, banyak je berasnya. Siap diorang tayang atas tanah.
Bukannya dalam pinggan dalam peti kaca begini.
Menurut diorang, diorang terpaksa buat camni sebab ramai yang amik beras tu dan bawak balik. Kalau setakat bawak balik tanak dalam rice cooker tu takpe lah, tapi diorang guna beras tu untuk menuntut/menyembah apa-apa yang tak patut.
Haihhh..itulah manusia. Pantang terjumpa yang ajaib, mesti percaya macam-macam.

Aku pon cakap lah kat hubby,"Masa Sayang pergi dulu, banyak lagi berasnya. Ni dah tinggal sikit."
Hubby jawab,"Ye la.. Mahsuri dah makan sikit."
Kah kah kah

Seterusnya, kitorang ke Taman Lagenda Langkawi.
Macam Mini Langkawi la lebih kurang tempat ni.
Kalau engko malas nak ronda satu Langkawi, engko boleh ronda Taman Lagenda ni je sudah cukup. Ekspressss sikit.
Tapi penat la jugak, sebab besar jugak tamannya.
Sempot-sempot mak jemah berjalan tahu.

 


Seterusnya Dataran Lang.
Ni tempat wajib jugak kot.
Tempat trademark kotttt.
In fact, semua fridge magnet Langkawi ada gambar helang ni kottt.

 
 
 So marilah kita bergambar dengan helang trademark ini.
Bukti betul-betul pergi Langkawi, bukan Legoland. Ehh??

Setiap hari, kitorang akan make sure sampai bilik sebelom maghrib.
Sebabnya, nak mandi pantai laaaaaa. Pagi mandi, petang mandi.
Tu yang balik-balik Penang, terus takde beza dengan Bangla. Haha


 Hamboi kau yang... Feeling baywatch sangat.
Bunyi la ombak sekuat mana pong, Baby Haikal tetap mengtido dengan jayanya.
Sebab angin dia perghhhh... tu yang terbuai-buai tu.


Sebenarnya agak banyak jugak tempat yang kitorang tak pergi.
Macam Bird Paradise, Wildlife Park, Island Hopping, Eagle Feeding, etc.
Sebab kitorang banyak habis masa kat pantai saje.
Dah kata nak yilek-yilek kan.
Kang kalau berjalannnnnn je, penat lah pulok. Huhu

Dan sebagai souvenir yang dibawa pulang, kitorang takdelah memborong pinggan mangkuk segala. Aku belom tahap mak-mak lagi nak borong benda-benda begitu. Cey ceyyyy!
Pinggan mangkuk hadiah kawen dulu pon ada yang belom rasmi lagi.
Cuma hubby habis beratuih-ratuih juga untuk memborong cekelat. Hihik.
Aku pon dah terGULP jugak tengok cekelat yang kitorang bawa balik.
Dah rupa macam nak buka kedai runcit ke hape tah.
Siap aku cakap kat hubby, "Okay enough ushar cekelat. Dah banyak sangat dah nih."
Tapi masa tunggu feri kat jeti tu, hubby still tanya, nak beli cekelat lagi tak?
Hamboihhhhh betoi-betoi nak bukak kedai nih.
Hak hak hak

Selain tu ada la jugak beli baju untuk Baby Haikal sikit.
Seronok shopping kat sini, duty/tax free kannnnn.
Memang kena shopping sampai akaun jadi money-free la.
Kih kih kih

Overall, bahagia sangat sekali sekala dapat yilek-yilek dengan family camni.
Thank you hubby for this lovely birthday gift.
Lebiu lebih.
So tahun depan kemana kita?
Hihok hihok hihok

1 comments:

azieazah said...

Pegi Langkawi tak sah ler kalu tak singgah Dataran Lang tu. Kenangan paling berkesan.

HAIKAL makin tembam!