"Let kids be kids."

Dulunya,
saya ni jenis ibu yang selalu pastikan anak saya lebih advanced dari kanak-kanak lain sebayanya.
Bila Haikal berdiri dikalangan "rakan sebaya", saya nak dia nampak outstanding dan ahead of others.

Dan kalau tetiba Haikal lambat daripada budak-budak lain dalam satu-satu perkara,
saya rasa bersalah dan rasa macam saya belum cukup bagus sebagai ibu.
Contoh macam bila Haikal lambat jalan atau lambat hafal ABC ke, saya rasa ishhh tak puas hati.

-_______-

Tapi itu dulu la.
DULU.
Sekarang dah bertaubat kehkeh.

Korang, itu BUKAN contoh yang baik ye.
Pun BUKAN ciri ibu yang baik.

Kenapa?
Biar saya cerita satu pengalaman yang telah membuka mata saya bebaru ni.
Ye baru bebaru ni je bertaubat. ;D

Masa umur Haikal 2 tahun 8 bulan, (now he is 2y 10m), saya dah start cari sekolah untuk dia.
Bukan sebab saya dah malas nak jaga Haikal kahkah,
tapi sebab nak bagi dia pendedahan "persekolahan" lebih awal.
Exposure on how to mingle, how to make friends, how to follow the schedule, etc.
Saya nak dia biasa dengan itu semua.
Bab pelajaran, saya dah TERRRLALU yakin dan pasti,
bahawa Haikal memang dah advanced gilaaaa dari kanak-kanak lain. -..-

Me being me.
Menggelabah nak tengok anak advanced dalam segala hal.
Menggelabah yang tiada berkesudahan rasa nak lempang diri sendiri.
-______-

So nak dijadikan cerita,
saya akhirnya berjaya deal dengan sorang cikgu kat satu tadika ni, dan dia bersetuju nak interview Haikal.
Ye, kena interview.
Sebab Haikal masih terlalu muda masa tu.
Umur dia baru 2 tahun 8 bulan dan tadika tu untuk budak 4-6 tahun.
So cikgu kena tengok dulu dia ni layak tak layak nak masuk tadika.
Mempunyai mak yang menggelabah cipan tak menjamin masuk tadika dengan mudah ye. -..-


Pagi nak pergi "interview" tu,  Haikal good boy sangat.
Pukul 8 pagi dah kena bangun mandi sarapan apa semua.
Redhoooo je dia kena jirus pagi-pagi. Jalan pun tundukkkk je kahkah.

Sampai je kat tadika, saya terus serah Haikal kat cikgu.
Saya tunggu dalam kereta.

 Tengok la semua orang pun tinggi-tinggi.
Haikal sorang je sama tinggi ngan meja hahaha.



Masa tu, cikgu evaluate Haikal macam-macam.
Cikgu tengok cara dia mewarna, cara dia pegang pensil, cara hand-writting dia.
Cikgu uji dia ABC, 123, Wahid Ithnani Thalasatun, Alif Ba Ta, shapes, colours, etc.
Cikgu bagi dia plasticine dan suruh dia buat bentuk-bentuk.
Macam-macam lagi lah.

Habis je evaluation dalam pukul 12 tengahari camtu,
cikgu panggil saya masuk,

"Puan, bijak betul anak puan ni. Dia dah mahir banyak benda. Dah boleh masuk kelas 5 tahun."

Saya tergamam 3 saat.

"Errr.. Oh ye ke. Alhamdulillah."

Tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Rasa nak chicken dance pun ada.
Sebagai permulaan, cikgu tu bagi masa seminggu untuk Haikal sesuaikan diri kat tadika dalam kelas 5 tahun.
Yeayyy.

Tapi nanti dulu.
Cerita ni tidak berakhir di situ.
Itu baru mukaddimah.
Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.
;D

Kerana Allah itu lebih mengetahui dan lebih berkuasa dari ibu yang terlalu gelojoh nak sekolahkan anak ni -..- ,
tiga hari saya hantar Haikal, keadaan semakin buruk.
Ye, Haikal didn't adapt and tolerate well in school.

Dalam hati saya,
"Alaa biasalah tu. Budak baru nak masuk skolah."

Tak.
Saya silap.
Silap sama sekali.
Haikal tak boleh fokus.
Bila disuruh duduk, dia duduk 5 saat, pastu bangun jalan-jalan siap masuk kelas orang lain.
Pastu pergi cuit orang ni la cuit orang tu la
Pastu tetiba cakap, nak makan nasi dengan fish la.
Pastu tetiba pergi ajak abang-abang main spiderman la.
Bila disuruh baca buku mukasurat sekian-sekian, Haikal baca half-way pastu cakap boring and terus blah jalan-jalan keliling sekolah buat macam rumah sendiri.
-_____-

Poor Haikal.
Dia sebenarnya tak faham situasi yang sedang dihadapinya.
He's supposed to school.
He's supposed to study.
Tapi DIA BELUM MENGERTI itu semua.

Last-last cikgu dia cakap,
"Sorry Puan. I think Haikal is not ready for this. Ye, saya akui, Haikal anak yang bijak. Tapi mental dia belum bersedia untuk semua ni. Dia masih di peringkat "bermain". Puan patut bagi dia masa lagi untuk bermain. Maafkan saya."

Masa tu saya rasa macam kecewa sangat.
I called Mama and told her everything.
Dan Mama cuma bagi satu jawapan. Yang buat saya seolah tersentak dan terbangun dari tidur.

"It's okay, anak. Tak perlu paksa Haikal. Let him grow as he pleased. He's just a small kid. Haikal is intelligent, i know. But let him grow naturally. Let kids be kids."

Tu dia.
LET KIDS BE KIDS.

For all this while, I was wrong.
I forced him to go to school.
I forced him to follow the schedule yang dia sendiri belum mampu.

Kesiannya.
Dia baru 2 tahun lebih.
Korang, saya baru sedar dia baru 2 tahun lebih.
T_____T



So korang.
Ambil pengajaran.
Ye, kita semua mahukan yang terbaik untuk anak.
Nak hasilkan anak yang bijak, anak yang berdaya-saing, anak yang critical thinker.
Supaya dia boleh survive dalam dunia akhir zaman yang penuh pancaroba ni.
Tapi jangan kita lupa dan terlalu gelojoh (macam saya -___-),
sampai anak membesar atas dasar paksaan dan bukan secara fitrah.

Alhamdulillah Allah dah sedarkan saya.
I do agree, that kids should have more time to PLAY.
They'll grow wiser and learn a lot by PLAYING.
They'll feel happy and stress-free when they have time to play.
So let them play.
Let kids be kids.

Anak-anak, jom main!
 =)



p/s: Mungkin ramai yang tak bersetuju dengan blogpost hari ni. It's okay. Let's all be positive and open-minded,
 and learn how to accept and embrace the disagreement.
Thank you. ;D

Merdeka a.k.a. Pasca-raya Gathering

Mari kita mulakan entry kali ni dengan muka paling handsome sekali dalam dunia.
Ahak hak hak.
Brad Pitt pun boleh menopos kalau tengok gambar ni. Sorry Brad. ;D

Muka paling hensem ni ialah peminat blog saya yang terfanatik sekali.
Asal balik kerja je,
"Oi bila nak update blog? Penat ah tunggu.."

-_____-

Encik...
Encik dengar sini encik.
Encik tu dah la serumah sekatil sebantal sejamban dengan saya.
Apa yang perlu dikesahkan sangat dengan blog tu encik.
Encik nak komplen blog saya dah lama tak update,
tapi lobang hidung encik yang dah lama tak servis tu sedikit pun encik tak endahkan.
Hetty kos endang betul la encik ni. *tetiba*

Tapi memang saya nak minta maaf jugak la kat semua orang.
Ye saya tahu blog dah lama tak update.
Ye saya tahu lubang hidung korang berkerak kalau saya tak update.
Sebab korang baca blog sambil servis hidung kan?
;D

Well, sebenarnya bukan sengaja taknak update.
Cuma saje nak rehat dan ambik masa untuk muhasabah diri untuk ke arah sebuah anjakan paradigma in life.
Hambik haha!
Di samping memberi ruang untuk korang merindui saya. ;D

Apa?? 
Korang tak rindu pun?
Ye lah ye lah saya pergi basuh pinggan sekarang.
*tetiba*

Ada yang tanya,
"Jiji pergi haji ke? Lama tak update blog?"
Oh how I wish!
-____-

Aku tak ke mana-mana pun actually.
Elok je duk rumah tepuk amai-amai dengan anak. -..-
Dan untuk pengetahuan korang, aku paling aktif kat Instagram.
So kalau rindu, sila lah follow: Instagram Rajiah Nasir
Kalau rindu la. KALAU.
Kalau tak rindu, pergi basuh pinggan. Heheh.

Dan better follow my instagram instead of facebook.
Sebab kebanyakan facebook update pun selalunya via instagram.
Dan TAK SEMUA gambar instagram aku akan share kat facebook. Tak semua.
Selalunya gambar-gambar berhemah je yang aku share kat facebook.
Yang kurang berhemah tu aku upload di instagram sahaja.
Ini kerana..
mama dan daddy takde instagram BAHAHAHAHAH.
Nampak kan perangai sebenar dia camane kahkah.
Mak aku kalau baca ni mahu dia terus buka akaun instagram.
Hai Mama. Mama sihat?
;D


Ok berbalik kepada tajuk asal, Merdeka a.k.a. Pasca-raya Gathering.
Kenapa merdeka a.k.a pasca-raya?
Kerana gathering tersebut dibuat pada 31 ogos dan ia sebenanrnya adalah untuk menyambut belated-raya celebration with Rizwan (adik saya).

Yang tengah tu Rizwan.
Dia kerja chef atas kapal.
Raya hari tu dia tak dapat balik.
Orang duk sibuk raya, tapi dia duk sibuk masak atas kapal.
Dah habis raya baru dia dapat balik jumpa family.
Hape bende laaa kapten kapal dia tu. Kenapa la tak balik masa raya.
 Silap tengok kalendar agaknya.
Tak pun terlepas tengok ucapan pakcik penyimpan mohor-mohor besar kat TV9.
Adudududu...



So sebagai menyambut ketibaan chef kapal yang baru nak rasa beraya itu,
kitorang satu family buat gathering sekali lagi kat rumah Mama.
Dan ofkos, Rizwan yang masak. Haha!



 Paling terharu bila Rizwan cakap,
"Selalunya asyik masak untuk orang lain je, so hari ni let me cook for my beloved family."

Aww!
Thanks dik. You're the best! :')


Along dan princess dia adalah orang pertama yang tuju meja makan.
Pastu terus senyap tak dengar khabar berita.
Rupanya diam-diam tengah habiskan makanan kahkah.

Along ni peminat blog nombor dua terfanatik.
Tak habis-habis,  
"Update la update la update laaaa..."

Update apa? Avira antivirus bulan lepas lagi dah update.
Eh tak kelakar pula. -..-


Penari-penari pondan yang diimport khas dari jalan chow kit.
Yang tudung pink tu baru berhijrah. ;D


Amboi dua orang ni..
Mohon sampai besar rapat camni ok.
Kang jangan nak berebut nombor telefon awek ke apa nanti.
Benda banyak, bagi sama rata. ;D


Mama la paling happy anak kesayangan dia balik.
Sepanjang Rizwan takde, Mama asyik call aku,
"Mama rindu Rizwan la. Kakngah rindu Rizwan tak?"

Ye tahu tahu. Mama rindu Rizwan. Saya tahu.
Tapi orang yang di-call ni tak pula dirindui ye. 
Musykil juga saya sambil berpaling ke bucu dinding dan mengesatkan air mata.
T___T


Bunga raya jalur gemilang tu kan,
Rizwan jumpa tepi jalan terus dia rembat bawak balik.
Tapi sampai je rumah, terus patah-patah dikerjakan oleh cucu-cucu Nasir dan Fatimah Corazon.
;D


Typical sight of these two crazy ladies, yang bila jumpa je terus tergelak barai sampai cramp perut. 
Tapi kalau selalu jumpa, asyik bergaduh pulak sebab berebut spenda sebab Mama selalu belikan kitorang spenda sama colour so tak tahu siapa punya so bila getah dah barai selalu taknak mengaku dan saling tuduh-menuduh dan ianya sering menyebabkan pergaduhan yang berpanjangan. 
;D


Tapi nasib baik saya dah berumahtangga,
maka saya kini memiliki supplier spenda alternatif. Yeayyy.
-_____-


Sekian cerita untuk hari ni.
Doakan esok dan hari-hari seterusnya ada entry baru.
Selamat maju jaya kepada diri sendiri. Heheh.